CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tengok Ayash Auto Sedih Sebab Dia Tak Sempat Tengok Ibu Dia", Anak Bongsu Shuib Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah Undang Sebak

26-1-2024 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11900| Komen: 58


Pemergian penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah kira-kira tiga tahun lalu memberi kesan yang mendalam terhadap setiap ahli keluarga dan peminat-peminatnya.

Terbaru, suami kepada arwah iaitu Shuib membawa anak-anaknya menziarahi pusara ibu kandung mereka.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Shuib bersama ibu, isterinya, Watie Hanifiah serta anak-anaknya iaitu Ariq Matin dan Ayash Affan menziarahi kubur arwah Sarah.

Paling meruntun perasaan apabila anak bongsu Shuib iaitu Ayash yang berusia 2 tahun menyentuh batu nisan arwah ibunya.

"Ibu, Ayash datang ni. Kami terlalu rindu ibu dari hari pertama, hari ini dan selamanya. InsyaAllah kita jumpa akhirnya disuatu hari yang paling indah. Amin".

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat momen tersebut selain turut mendoakan agar arwah Sarah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Dalam pada itu, mereka juga memuji sikap Watie yang disifatkan ikhlas menyayangi anak-anak tirinya.

"Ayash satu-satunya anak arwah yang tak sempat didodoi mahu pun disusukan arwah. Semoga bersatu kalian di syurga".

"Tengok Ayash auto sedih sebab dia tak sempat tengok ibu dia".

"Tak kenal Watie, tapi jadi suka dan sayang pula dengan dia. MasyaAllah, baiknya Watie ni."

"Bagusnya Watie ni, beruntung Shuib dapat Watie yang faham. Semoga sentiasa dimewahkan rezki sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan Shuib sekeluarga."


Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

Sumber: TikTok Shuib/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 26-1-2024 02:00 PM
Edited by dewi_rina at 26-1-2024 06:02 AM

Start dah konten menunggang orang meninggal.. Nak sucikan diri masing2 guna nama arwah tu
Nak sucikan watek nampaknya, tunjukkan dia wanita solehah ibu yg baik
Quote cikatilia 26-1-2024 02:13 PM
rajin photoshoot pusara.
Quote Pumpkinhead 26-1-2024 04:57 PM
banyak sangat content dari keluarga artis ni takut hilang keikhlasan pegi kubur tu....nanti jadi semata mata content
Quote dua_chzy 26-1-2024 06:26 PM
Ni je la keja si Soeb muka belubang ni. Hish. Tak abis2. Dah masuk 3 tahun bini first kau tu mati bang oiiiiiii
Quote zuriey 26-1-2024 06:28 PM
Tak apa lah bibik wati kan ada
Quote LadyCarefree 26-1-2024 08:11 PM
Apo tuang2 air kat kubur?
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:20 PM
anak yg xsmpt merasa susu ibunyaa
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:20 PM
semoga ayash membesar dgn sempurna
Quote slyfynx 26-1-2024 10:10 PM
Barbie.
Lawat kubur pun kene baju ada tema, buat photoshoot.
Sedih la
Quote LembingDayanti 26-1-2024 10:12 PM
padahal lepas tu dia gi main golf ngan gang2 dasar penunggang konon sedih sangat lah
Quote ReginaGeorge 27-1-2024 01:09 AM
Siapa kata arwah bersemadi dengan tenang?
Quote Kangkung1M 27-1-2024 12:05 PM
Pumpkinhead replied at 26-1-2024 04:57 AM
banyak sangat content dari keluarga artis ni takut hilang keikhlasan pegi kubur tu....nanti jadi sem ...

Bukan sahaja keluarga, malah orang luar turut menjadikan pusara arwah sebagai konten mereka.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/C2OligQvOzm/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote phoenix_panik 27-1-2024 12:21 PM
tak abis abis
Quote QueenIsolde 27-1-2024 12:23 PM
Epf ex staff camne sahmira? Ziarah kubur tu ziarah la tp epf tu pun jgn lupa.
Quote mrsLucky 27-1-2024 12:34 PM
Semua kena tunjuk untuk mengaut publisiti ker? Ni suasana yang sedih untuk keluarga mereka tak perlu nak show off.
Quote imanjannah 27-1-2024 01:16 PM
Quote Pujangga22 27-1-2024 01:27 PM
apa yg undang sebak...mak tiri ada...nenek ada nenek tiri pun ada...nak menunggeng jer ngn org yg dah tiada..ni dah 2024 weiii klu nak ziarah tu blh tak buat senyap2
Quote bottombikini 27-1-2024 02:04 PM
sudah2 la meratap hibaaaa
tak move on lagi ke
dah kawin baru ponnnn
yihhhhh
Quote Aneem 27-1-2024 03:05 PM
Menunggang la selagi boleh

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.048612 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top