PETALING JAYA – Tindakan tiga individu dipercayai rakyat Malaysia bersilat di pekarangan Masjid Nabawi mendapat kecaman daripada orang ramai. Perbuatan seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak lelaki itu dirakam sebelum dimuat naik di TikTok atherabbas. Video itu turut tular dalam aplikasi X. Melalui rakaman berdurasi 22 saat itu, kelihatan ketiga-tiga individu berkenaan lengkap berpakaian tradisional dan membuat persembahan silat sambil dirakam seorang wanita. Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan mereka yang dikatakan tidak menghormati Tanah Suci. “Jemaah datang Masjid Nabawi hendak beribadat, ziarah makan Baginda. Tak terfikir nak buat benda begini,” kata Firdhaus.
“Ramai orang menangis bila sampai ke makam nabi, gembira tak terhingga. Perasaan bercampur sedih bila tiba masa hendak tinggalkan Masjid Nabawi. Tapi puak ini pergi bersilat di sana, apa agaknya dalam fikiran mereka,” kata Roman. “Makin lama makin bebal manusia demi sebuah video content (kandungan). Sumpah memalukan,” kata Shahir. “Ibadat adalah content, masa kini. Lebih mengharap viral daripada reda. Masalah bangsa kita sekarang,” kata Great. Sehingga kini, video tersebut meraih sebanyak 1.2 juta tontonan di dalam aplikasi TikTok. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
dio5774 replied at 25-1-2024 08:00 PM
mesti bangga apak dia ramai tengok..bebudak tu pun rasa bangga rupanya video viral kena kutuk..akal ...
otai_g replied at 25-1-2024 08:17 PM
Tlng jgn katakan Dr malaysia. Kata la dia dr Indonesia ke Brunei Ke.
Cukup2 la org msia da dimaluka ...
ADVERTISEMENT