SINGAPURA – Satu iklan jawatan kosong yang diterbitkan sebuah syarikat bas di Singapura mendapat sambutan menggalakkan selepas menawarkan gaji sebanyak SG$5,000 (RM17,666) untuk pemandu bas. Laman berita Mothership melaporkan, syarikat Westpoint Transit Pte Ltd mula membuka permohonan untuk jawatan pemandu bas pada 15 Januari lalu. Sehingga semalam, syarikat itu menerima sebanyak 1,292 permohonan untuk 10 jawatan pemandu bas. Seramai 450 pemohon ialah warganegara Singapura, manakala 30 daripadanya memiliki ijazah universiti. Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, Lionel Lee berkata, pihaknya menjangka menerima 300 permohonan dalam dua sesi temu duga. Bagaimanapun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan menggalakkan. Kira-kira 60 peratus pemohon adalah warga Singapura, manakala selebihnya berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Myanmar.
Sumber – AGENSI |
Yoonggi replied at 24-1-2024 01:43 AM
wah, besar tu gaji dia. aku pun x dpt byk tu
BoongaKertas replied at 24-1-2024 01:22 PM
giler kentang gaji dia!!!
dua_chzy replied at 24-1-2024 02:00 PM
Besar gaji, besar la juga beban.
kakikuDibibirmu replied at 24-1-2024 07:03 AM
Gila kentang, asereje, leher, sakit leher {:m ...
cantthinkofany replied at 24-1-2024 07:07 AM
ya betol...aku dah pernah rasa dah kerja sgpore duduk johor...mcm nak mati weeiiii....sbb aku amik ...
cantthinkofany replied at 24-1-2024 03:07 PM
ya betol...aku dah pernah rasa dah kerja sgpore duduk johor...mcm nak mati weeiiii....sbb aku amik ...
dua_chzy replied at 24-1-2024 05:39 PM
Iya uols. Sebab tu, kena sedia fizikal mental juga kena bersedia untuk takda laif kalau nak kerja ...
shernazz replied at 24-1-2024 02:09 PM
Adek ipar iols keje kat SG
Maintainance kapal terbang
Berapa tah gaji
spy_caridotdot replied at 24-1-2024 11:14 PM
Anak kawan iols pun keje maintenance di airport SG. Gaji tak silap sgd2600-sgd3000.
ADVERTISEMENT