Setiap wanita yang mengandung akan mengalami dua kaedah ketika melahirkan anak iaitu secara normal dan melalui caesar (pembedahan). Bersalin secara normal ataupun pembedahan adalah bergantung atas nasihat pakar selepas dia melihat kondisi si ibu. Ada yang kata “untunglah” si ibu kerana melahirkan secara pembedahan, tak perlu rasa sakit. Ada pula yang kata beruntung si ibu yang bersalin normal tak perlu berpantang lebih. Memetik Ohbulan, Berikutan masih terdapat individu yang menganggap wanita bersalin secara caesar tidak mengalami kesakitan berbanding kaedah normal, doktor selebriti Dr Say Shazril tampil memberikan pendapat. Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok, Dr Say berkongsi pengalamannya bersama isteri, Dr Azura Abas yang telah melahirkan ketiga-tiga anak mereka secara caesar.
"Untuk pengetahuan umum, isteri saya bersalin anak pertama melalui emergency caesar sebab bayi lemas dan didapati tali pusat mencekik bayi dua gulungan atau dalam bahasa medik ialah ‘cord round neck times two’". "Kali kedua bersalin, elektif caesar sebab katanya dah guna ‘satu jalan’ maka guna je lah jalan yang sama dan memandangkan dia dah mengandungkan anak kedua saya untuk sembilan bulan jadi saya hormati keputusannya". "Memandangkan sudah dua kali caesar, risiko untuk rahim pecah tinggi jika nak bersalin biasa maka kali ketiga juga kami bersalin secara elektif caesar". Menurutnya, wanita yang bersalin melalui kaedah caesar akan mengalami kesakitan yang teruk selepas pembedahan dan berdepan risiko pelbagai komplikasi. "Orang cakap caesar tak sakit sebab dapat elakkan kesakitan contraction dan dapat ubat bius. Betul masa nak elektif caesar tu tak sakit langsung, masuk dewan pembedahan dan tengah bedah pun isteri saya boleh senyum. Tapi lepas caesar tu tahu tak betapa sakitnya?" "Saya walaupun tak pernah merasainya tapi saya pernah dibedah kerana appendix, tu pun operate guna kamera dan dekat seminggu juga saya tak boleh bangun penangan kesakitan selepas pembedahan. Inikan pula apabila tujuh lapisan dibelah. "Ada yang seminggu terlantar, ada yang kena bongkokkan badan kalau tegakkan badan rasa macam patah tulang, jahitan terbuka dan komplikasi lain." "Allah maha adil, jika seorang wanita itu tidak merasa kesakitan semasa bersalin, kesakitan itu akan dirasainya juga selepas bersalin". Justeru itu, Dr Say berkata tidak seharusnya ada perbandingan terhadap kaedah bersalin malah kesihatan ibu dan anak perlu diutamakan. "Nak kata wanita bersalin normal dihapuskan dosa-dosanya dan yang bersalin caesar tak terhapus dosa..siapa kita nak menilai sebegitu? "Jadi nak pandang jelik atau hina wanita yang bersalin secara caesar bagi saya sangat tak berasas. Yang penting anak dilahirkan dengan sihat dan selamat". Apa pula pandangan korang? |
mojarean_X replied at 23-1-2024 06:37 PM
Menunggu kaka kaki mengupload gambar
kakikuDibibirmu replied at 23-1-2024 07:39 PM
tasty sesangat body beliyau, habis merembes cair akak dibuatnya, merecik hawau, berdenyut-denyut m ...
green~tea replied at 23-1-2024 09:43 PM
Ni makcik2 kampung... exMIL aku ade je sebut ayat gini kat aku..
Anyway lepas ni pun aku mmg auto ...
midori888 replied at 23-1-2024 10:13 PM
kalu compare dgr org bersalin normal dgn org bersalin caesar, meols lagi seram dgr org caesar sbb ...
green~tea replied at 23-1-2024 10:26 PM
Yang sakit tu bila luka csec tu bercantum2 dengan organ.. kes amek pati haruan or pati gamat withi ...
midori888 replied at 23-1-2024 10:30 PM
taktau lah diorg ada amik segala pati haruan etc or not...meols hanya dgr rungutan diorg ckp still ...
green~tea replied at 23-1-2024 10:39 PM
Csec tu ok je lah.. i start berjalan within 24 hours operate... tp kena pantang betol2 for 6 weeks ...
ADVERTISEMENT