CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tidak Boleh Bayangkan Kalau Awin Tiada" – Izzue Islam

23-1-2024 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10542| Komen: 76


Pelakon kacak, Izzue Islam memang terhindar dari sebarang gosip murahan sejak menceburi dunia hiburan. 

Boleh dikatakan dia seorang yang "clean" dari sebarang kontroversi. Dia juga seorang suami yang sangat penyanyang.

"Saya tidak boleh bayangkan kalau Awin tiada. Hidup saya akan hilang arah.”

Itu luahan selebriti serba boleh Izzue Islam yang menitiskan air mata apabila membicarakan perihal usaha keras isterinya, Awin yang menjadi tulang belakang kejayaan karier seninya selama ini.

Ujar pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan itu dalam nada sebak, dia tidak mungkin dikenali ramai tanpa bantuan suri hati merangkap pengurusnya itu.

"Saya tidak boleh bayangkan kalau dia tiada. Kami pernah berborak dan saya kata kepadanya bolehkah kita mati bersama-sama nanti".

“Tanpa isteri, kalian mungkin tidak kenal Izzue Islam seperti hari ini dan saya juga tidak pernah bayangkan memiliki kehidupan begini sekarang,” kata Izzue menerusi sebuah podcast bersama pelakon Datuk Rosyam Nor.


Ditanya adakah bersedia jika suatu hari kehilangan isteri tercinta, aktor berusia 34 tahun itu mengakui bakal hilang arah dan mungkin fokusnya dalam dunia hiburan akan terkubur.

Saya pernah terlibat dalam satu penggambaran dan dia tidak ikut sekali disebabkan demam. Ketika itu saya macam hilang arah.

“Sebab itu sampai sekarang saya akan bawa dia ke mana-mana sahaja kami pergi. Bukan tidak boleh berenggang tetapi dia individu penting buat saya.

“Saya mahu dia sentiasa ada di depan mata. Selagi saya hidup saya mahu dia ada di depan saya,” ujarnya menahan sebak.

Air mata pelakon filem Juang itu mengalir deras sebaik perkara berkaitan insan kesayangan dibangkitkan Rosyam.

Sebelum ini, anak jati Kelantan itu juga pernah mencipta lagu buat Awin sebagai luahan perasaan sayang terhadap wanita yang melengkapi segala kekurangan dalam dirinya.

Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 namun belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.   

Sumber : HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 23-1-2024 08:51 PM
"sheols tade, maka jobs iols pon tade"
Lol, sajork ngusik. Bagus jantons gini nak bini depan mata. Herloks and setia.
Quote DeLuna85 23-1-2024 08:54 PM
Mesti bini dia bangga. Kalau aku pun bangga laki sampai nangis2 bagitau tak boleh kalau isteri takda depan mata.
Quote dua_chzy 23-1-2024 09:00 PM
Semoga ditunaikan impian mati bersama.

Laki aku dolu pun cakap gini. Siap pernah berdrama air mata terharu la hapa la aku pilih dia. Ujung2.

Tapi to be fair to him, aku sundri pon banyak kekurangan so hokeh la. Sekufu.
Quote menjad 23-1-2024 09:04 PM
Lama gak kawen tuh dah 10 tahun. Awin mmg true soulmate Izzue. Harap dikurniakan cahaya mata.
Quote makadek 23-1-2024 09:12 PM
dua_chzy replied at 23-1-2024 09:00 PM
Semoga ditunaikan impian mati bersama.

Laki aku dolu pun cakap gini. Siap pernah berdrama air mata  ...

Sedor tkpe sama2 kenalpasti kekurengan..
Quote penmerah 23-1-2024 09:13 PM
Huntunglah laki nanges depan org tunjuk kasihkan bini
Tapi tamo puji lebih2

Yg pasti awin ni walau wajah very2 below par she tak annoying ye
Nitizen aman2 je takde nk cerca sheol berbanding influenzah berbekalkan Rupa kerak bumi below par + perangai annoying tahap cipan
Quote rosevelvet 23-1-2024 09:15 PM
dua_chzy replied at 23-1-2024 09:00 PM
Semoga ditunaikan impian mati bersama.

Laki aku dolu pun cakap gini. Siap pernah berdrama air mata  ...

X abih citer ujung tu apa
Quote penmerah 23-1-2024 09:16 PM
dua_chzy replied at 23-1-2024 09:00 PM
Semoga ditunaikan impian mati bersama.

Laki aku dolu pun cakap gini. Siap pernah berdrama air mata  ...

Chuols cantek sis, takpelah ada sesikit flaws dikaver dgn wajah jelita
Sape jek takde flaws sis
Moga sis bahagia bersama keluarga techenta
Quote MissVixen 23-1-2024 09:26 PM
Kalau salah seorang takde, memang sedih. Kalau ada anak2, boleh la sibukkan diri besarkan anak sorang2. Bertahun-tahun berdua ke mana2, kalau hilang seorang, susah juga nak hidup.
Quote JahLupa 23-1-2024 09:41 PM
Bakpe gune gambo gitu
Quote OshinDaSolja 23-1-2024 10:35 PM
penah nmpak Izzue ni depan2 kt Cyberjaya...hensem la jugak and baik orangnye...
Quote syamzana 23-1-2024 10:45 PM
MissVixen replied at 23-1-2024 09:26 PM
Kalau salah seorang takde, memang sedih. Kalau ada anak2, boleh la sibukkan diri besarkan anak soran ...

sedangkan mil iols ada anak cucu pun bila arwah fil meninggal hilang arah smpai jmp psikiatris la. sunyinya lain dia ckp. biasa lepas pencen berkepit sama2 kemana saje ujung2 hlg teman sejati girtuhh.

blh faham la bila dia keluar statement camni.
tapi jgn plak pasni keluar gosip mencurang
mau pecah forum dek laharan acik2 sekalian
Quote edayildiz 23-1-2024 10:50 PM
bgs dia kenang budi awin..
Quote matjerk 23-1-2024 11:42 PM
penmerah: Huntunglah laki nanges depan o ...


Inilah cth rupa tak berapa ada.. tapi perangai elok.. sebab tu laki syg.  
Quote TerataiMelur02 23-1-2024 11:52 PM
OshinDaSolja replied at 23-1-2024 10:35 PM
penah nmpak Izzue ni depan2 kt Cyberjaya...hensem la jugak and baik orangnye...

Sama la kaka..penah jumpa heols..hensem.
Muka ploles
Quote TerataiMelur02 23-1-2024 11:53 PM
matjerk replied at 23-1-2024 11:42 PM
Inilah cth rupa tak berapa ada.. tapi perangai elok.. sebab tu laki syg.

Kan bangmat.
Ada time suami susah.
Bukan lari balik kampung
Quote matjerk 24-1-2024 12:01 AM
[tiktok]7326775273779727634[/tiktok]
Quote matjerk 24-1-2024 12:03 AM
TerataiMelur02 replied at 23-1-2024 11:53 PM
Kan bangmat.
Ada time suami susah.
Bukan lari balik kampung

Betol2...
Suami mula elokssss
Bini below par bak kata acik2 porem...
Anak takde...
Tapi saling mencintai.  
Susah senang bersama
Siap nak mati sama2...
Quote Moyangkucing 24-1-2024 12:17 AM
Untong la tak lawa pun laki sayang. Agak2 kalau laki carik lain nanti, jangan masuk geng suringai la ya.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.045627 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top