USAHAWAN sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli sama sekali tidak menyesal melakukan rawatan Allurion Intagastric Ballon yang merupakan salah satu prosedur untuk mengurangkan berat badan. Berkongsi pengalaman melakukan rawatan kaedah belon gastrik itu, Iqbal, 30, mengakui prosedur berkenaan membuatkan dia berasa kurang selesa pada bahagian perut seperti sedang mengalami senggugut. “Saya jenis tak senang turun berat badan dan apa yang mencabar selepas masukkan belon tu bila tidur macam ada bayi dalam perut, rasa tak selesa. "Rasa macam senggugut pun ada sakit perut yang saya alami itu, bayangkan sehari saya hanya minum segelas air sahaja dan muntah 30 kali sehari. "Doktor ada beritahu kesan selepas buat tu tapi tak tahu macam ini, suara tak bermaya dan banyak tidur. Ingatkan tiga hari je akan sembuh," katanya kepada mStar. Sebelum ini, Iqbal selesai melakukan prosedur berkenaan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu. Tindakan Iqbal melakukan prosedur berkenaan bagaimanapun mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang turut memberi cadangan supaya dia melakukan senaman untuk kurus secara sihat. Menjawab mengenai kritikan itu, Iqbal berkata kekangan masa menjadi faktor utama dia memilih untuk menjalani rawatan memasukkan belon tersebut. "Memang ada orang kata dengan bersenam sahaja boleh turun 6 kilogram tetapi sebenarnya ramai orang kaya buncit dan jadi malas. "Saya tiada masa nak bersenam dan rela telan belon untuk kurus sebab dah penat gemuk serta ada masalah lelaki. "Netizen tak nampak sendiri perut saya yang buncit, saya sendiri tak tahan pakai baju ketat," katanya yang memaklumkan telah menghabiskan RM20,000 untuk melakukan rawatan berkenaan. Sumber : mStar |
"Netizen tak nampak sendiri perut saya yang buncit, saya sendiri tak tahan pakai baju ketat," katanya yang memaklumkan telah menghabiskan RM20,000 untuk melakukan rawatan berkenaan.
ADVERTISEMENT