Penyampai radio Fizi Ali tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kira-kira jam 11 pagi bagi kes tuntutan hak hadanah terhadap anaknya, Ameena Sofia. Menurut Fizi, tujuan dia memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak, sebaliknya mengiginkan Ameena mendapat kasih sayang yang sempurna daripadanya dan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri. "Hari ini saya datang kes sebutan hadanah anak saya. Permohonan saya telah buat bulan lalu. Saya akan dengar nanti apa yang berlaku di dalam". "Mungkin bila bincang berdua tak dapat jalan penyelesaian, jadi ini adalah jalan terbaik. Harapan saya Ameena dapat hak yang sepatutnya. Dapat hak ibunya dan dapat hak bapa". Sementara itu, Shakilla yang turut hadir dilihat bergegas naik ke bilik perbicaraan.
Sebelum ini, Fizi menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi. Dia kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi. Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah. Sumber : OhBulan |
Manusiabesa: Ritroode tgok ni bedarah hidun ...
irvene replied at 23-1-2024 09:37 AM
mcm mana si fizi ni boleh femes? sbb dia kawen dgn koriri ni ke jd nama dia selalu naik? mcm mana bo ...
imanamsyar replied at 24-1-2024 07:53 AM
isu jadi lagi parah bila bini baru fizi ni sebok2 reply wassap kila ni..mau x berangin si kila..bini ...
ADVERTISEMENT