Pelakon dan usahawan, Eira Syazira berkongsi pengalaman ketika melalui fasa kesusahan dalam kehidupannya. Menerusi siaran langsung di TikTok, Eira atau nama sebenarnya Syazira Suhaimi itu berkata dia pernah diuji dengan masalah kewangan sehingga tidak dapat menyediakan susu untuk anaknya. "Saya pernah tak ada duit nak beli susu anak. Ketika itu saya nak tolong suami saya..saya mula diuji ketika anak nombor dua". Bagaimanapun, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Azad Jasmin ini bersyukur apabila dia dapat mengharungi keperitan hidup itu dengan berkat usaha, kesabaran dan doa suami. "Tapi MasyaAllah, bila kita berjaya lewati dan lalui..Subhanallah rezeki yang tak disangka-sangka datang.
"Saya yakin dengan diri saya, yang penting saya dapat restu dan doa daripada suami. ‘Lets do it together’". Untuk info, Eira dan Azad mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 10, Ameisya Leanne Rose, 7 dan Areisya Suri Rose, 5. Sumber: TikTok /Ohbulan
|
GummyBear123 replied at 22-1-2024 03:31 PM
Dah start dahhhh
Nak jual apa lepas ni?
chinta89 replied at 22-1-2024 04:47 PM
KENAPA EK bila dah berjaya mula la buka cerita zmn SUSAH tido kat petronas la, minum air paip la, ta ...
prince_marhaen replied at 22-1-2024 04:45 PM
PROPAAAAA...
Sebelum kahwin sheols dah selesa banyak drama siri termasuk Syurgamu Ramadhan (2010), ...
ADVERTISEMENT