Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis yang meningkat dewasa dipuji ramai kerana penampilan terbaharunya yang dilihat semakin cantik dan matang Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Puteri Balqis memberikan sedikit komen mengenai pandangan yang diberikan sesetengah pihak yang beranggapan dirinya tidak sesuai untuk membawakan karakter yang lebih tua kerana usianya yang masih muda. Menerusi sesi temu bual tersebut, Balqish atau lebih mesra disapa Aqish menjelaskan bahawa dia bersyukur kerana ditawarkan untuk membawa watak dan karakter yang lebih tua berbanding dengan usianya. Tambah Aqish, meskipun dirinya tidaklah begitu tertekan seperti mana watak yang dibawa namun, watak-watak tersebut sangat sesuai dengan jiwanya.
"Setiap lapisan umur lalui pelbagai perkara bahkan budak umur lima tahun juga melalui macam-macam dugaan. Pada saya, kita perlu rasai pengalaman dan dugaan yang dilalui oleh setiap peringkat umur. "Sejujurnya, saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh bawa watak yang berbeza seperti watak isteri orang, mak orang tapi saya okay sebab watak-watak yang berat itu sesuai dengan jiwa saya. "Ia sangat sesuai walaupun diri saya yang sebenar tidaklah tertekan seperti mana watak-watak yang saya bawa itu". Ketika ditanya mengenai tentang kecaman, pelakon berusia 16 tahun ini berpendapat kecaman merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh setiap individu. "Kecaman akan datang pada kita tanpa mengira apa yang kita lakukan. Kita diam atau bersuara sekalipun kecaman tetap akan ada. "Saya tak akan hipokrit dengan mengatakan yang saya akan mendoakan yang terbaik buat para ‘haters’. Pada saya mereka nak kecam, teruskan. "Yang penting untuk saya jaga ialah para peminat saya yang sentiasa sayang dan berikan sokongan kepada saya. Itu sahaja motivasi yang saya perlukan untuk teruskan kerjaya saya". Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dan apa yang menariknya ialah, netizen begitu teruja mendengar loghat British oleh pelakon muda berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyamakan loghat Aqish dengan pelakon kacukan Zahirah Macwilson dan berharap dapat melihat mereka bergandingan dalam satu drama atau filem satu hari nanti. Memang kagum dengan kebolehan Aqish, walaupun difahamkan dia hanya belajar di rumah tapi mampu "speaking" sehebat ini! Sumber: TikTok/remaja/ohbulan |
vanillaninja replied at 22-1-2024 03:28 PM
Sejak bila Zahirah cakap British accent? Bukan Aussie ke? Anyway I dah dengar Akish ni cakap. Takde ...
koko2 replied at 22-1-2024 03:00 PM
Rojak language daaa .... ingatkan full range brits talk..
ADVERTISEMENT