Nampaknya krisis yang melanda Penyampai radio HotFM, Fizi Ali dan bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri masih belum berakhir apabila nombor telefon Fizi didakwa telah disekat oleh Shakila. Sebelum ini, Shakilla menafikan dakwaan yang mengatakan dia menghalang anaknya, Ameena Sofia daripada berjumpa dengan bekas suami itu. Memetik OhBulan! Ketika ditemui Shakilla berkata dia tidak berpuas hati dengan komitmen yang diberikan bekas suami terhadap anak tunggal mereka itu. "Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang. Sebagai seorang bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan missing in action (hilang begitu sahaja) Jangan ghaib". Shakilla berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi kes tuntutan hadanah ke atas anaknya, Ameena Sofia, pada Isnin.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan dia menyekat nombor telefon Fizi, aktres berusia 35 tahun itu menjawab dia mempunyai alasan kukuh berbuat demikian. "Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ sebab ada campur tangan isteri dia". "Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan sudah serahkan kepada peguam saya". "Sebab ‘block’ sebab saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya". Dalam pada itu, Shakilla juga menafikan dakwaan Fizi yang mengatakan dia menghubunginya banyak kali selepas insiden tidak dapat berjumpa anak. "Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, tidak semua itu. Demi Allah saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya dah serahkan kepada peguam saya. "Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana. Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial". Sebelum ini, Fizi menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi. Dia kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi. Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah. Untuk info, Fizi menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu selepas bercerai dengan Shaqila pada Disember 2021. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk mereka agar hubungan dengan anaknya tidak terganggu kerana pertelingkahan ini. |
Manusiabesa replied at 22-1-2024 01:59 PM
Aku sedar aku ongluar. Tp nk gtau kt porem je..aku meluwat tgok muka bini baru. Muka xda nur lgsg. M ...
kembarsiti replied at 22-1-2024 02:22 PM
Tapi maknya sampai nak berblock bapak budak tu kenapa. Kalau x suka, bagitahulah kat ex tu nak conta ...
kerani_je replied at 22-1-2024 02:20 PM
Masalahnye walaupun bini baru die muka xde nur tapi kesayangan mak mertua nye..Kemain syg mak si f ...
kembarsiti replied at 22-1-2024 02:27 PM
Tak nak bg langsung ex laki tu jumpa tu yg nmpk sgt sakila xnak bagi anak tu pg sana rasa seronok ...
ADVERTISEMENT