PETALING JAYA – Kuih kegemaran rakyat Malaysia iaitu karipap diumumkan sebagai hidangan pastri ke-tiga terbaik di dunia. Makanan tersebut dipilih sebagai hidangan pastri terbaik daripada 100 pastri di seluruh dunia menerusi laman web TasteAtlas, yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria. Berdasarkan carta TasteAtlas, kuih karipap yang diisi dengan kari ayam dan kentang sebelum digoreng itu setanding dengan dua hidangan pastri dari Portugal serta Greece yang menerima skor tertinggi iaitu 4.7 daripada 5. Kuih tersebut juga dilihat berjaya mengalahkan pastri terkemuka iaitu Croissant dari Perancis, Kunafa dari Mesir serta Baklava dari Turkiye. Menurut Atlas, makanan tersebut dipercayai berasal dari Malaysia, Bornea dan Sumatera dan merupakan hidangan ‘popular’ untuk sarapan pagi atau snek petang. Rangup di bahagian luar dan panas serta lembut di bahagian dalam, karipap kekal menjadi salah satu makanan kegemaran ramai di Asia Tenggara.
Untuk rekod, laman TasteAtlas sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
doubleA replied at 20-1-2024 11:23 AM
Memang, sedap sgt karipap tak la rasa manis macam dessert lain
honey_yayan replied at 21-1-2024 12:47 AM
Karipap asal malaysia ke indon
She-Ra: dpt karipap panas2, isi penuh, ...
honey_yayan replied at 21-1-2024 12:47 AM
Karipap asal malaysia ke indon
ADVERTISEMENT