ROM – Seorang pelancong wanita yang mencuri beberapa ketul batu di tapak bersejarah Pompeii, Itali bertindak memulangkannya selepas mendakwa dia terkena sumpahan apabila menghidap kanser payudara, lapor akhbar Metro UK semalam. Wanita tersebut memulangkan segenggam batu beserta nota yang menulis permohonan maaf kerana mengambil batu-batu itu. “Saya tidak tahu mengenai sumpahan itu. Saya tidak tahu bahawa saya tidak sepatutnya mengambil mana-mana batu. “Dalam tempoh setahun, saya mendapat kanser payudara. Saya asalnya seorang wanita muda yang sihat. Sila terima permohonan maaf saya,” kata petikan isi kandungan surat tersebut yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Ia turut disertakan perkataan ‘mi dispiace’ yang bermaksud ‘saya meminta maaf’. Bandar Pompeii terkenal dalam lipatan sejarah kerana tertimbus semasa Gunung Berapi Vesuvius meletus pada 79 Masihi.
Tinggalan bangunan, objek dan mayat manusia semuanya masih berada dalam keadaan baik yang menunjukkan detik kejadian itu. Namun, bagi sesetengah orang, ia tidak mencukupi kerana selama bertahun-tahun, sejumlah artifak yang tidak diketahui termasuk batu, jubin dan tembikar telah dicuri. Bagaimanapun, menurut laporan, mereka yang melakukan perbuatan itu mengalami keadaan-keadaan seperti ‘hukuman’ yang dipercayai sumpahan. Sumber – AGENSI/kosmo |
Decaffeinated replied at 21-1-2024 01:35 PM
Rajin2lah melawat hospital cancer dik. Tengok berapa orang kat situ yang ada cancer sebab kena sumpa ...
newyork replied at 21-1-2024 02:18 PM
Oh..rakyat british..mmg sebati suka amik brg org
ADVERTISEMENT