CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MB Selangor Sahkan Kenderaannya Kena Saman MBSJ

19-1-2024 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11309| Komen: 10



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan kenderaan miliknya disaman Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 4 Januari lalu.

Beliau yang memuat naik tangkap layar notis saman itu di aplikasi X bagaimanapun berkata, saman sebanyak RM80 itu telah selesai dibayar setelah ia dikeluarkan lebih dua minggu lalu.

“Tiba tiba dapat pesanan ringkas, notis saman parkir dari @SJcitycouncil. Saya klik ke pautan dan kurang 5 minit dapat selesaikan bayaran.

“Semenjak 2019 hampir semua PBT (pihak berkuasa tempatan) smart parking dan bayaran juga boleh dilaksana dalam talian,” katanya di aplikasi media sosial itu pada Khamis.

Dalam pada itu, Amirudin turut menasihatkan orang ramai agar membayar kompaun saman kereta masing-masing.

“Ingat dapat notis saman klik bukan call Dato Bandar minta waive,” katanya menerusi hantaran tersebut.


Sementara itu, berdasarkan laman web MBSJ, kadar yang dibayar oleh Amirudin merangkumi kadar caj kompaun trafik dan clamping iaitu kompaun RM20, clamping RM50 dan caj perkhidmatan RM10.

 
Sumber : Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 20-1-2024 11:14 AM
maknanya kereta mb pun parkir suka hati?
Quote otai_g 20-1-2024 11:49 AM
Menteri import Dr Johor ni.
Quote Azharitubunga 20-1-2024 02:00 PM
Taraf story pasal ni masuk berita ke?
Quote cap_ayam 20-1-2024 02:10 PM
Gaji driver kena potong tak?
Quote B40tastePosh 20-1-2024 02:14 PM
Parking ikut dan....rakyat marhaen parking entah camne
Quote MissYouSayang 20-1-2024 02:42 PM
No wonder why sanusi pggil dia Cokia.
Quote Perwira2022 20-1-2024 03:32 PM
MB pun sejenis batak like
Quote Orix 21-1-2024 02:31 PM
Iols x boleh la tgok muka dia ni…. Terus teringat video klip dia dgan Ella… hahahaha cringe terokkk
Quote jfq 21-1-2024 02:57 PM
Nampak sgt undang2 negeri sendiri pun pi langgar
Quote Firenzza 21-1-2024 03:40 PM
Kenderaan MB atas nama personal ka? Kalau ada emblem mb ka, dato bandar ka waima ahli majlis ada ke sapa2 yg berani saman?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037341 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top