Tidak dapat dinafikan bateri adalah salah satu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan seharian terutamanya pada telefon bimbit. Memetik amaz.my, di China syarikat Betavolt mengumumkan kejayaan membina bateri nuklear yang boleh bertahan sehingga 50 tahun tanpa perlu dicas. Bateri ini menggunakan isotop Nikel-63 yang menghasilkan kuasa 100 mikrowatts dan voltan 3V. Ia hanya bersaiz 15x15x15 milimeter yang sangat kompak. Betavolt yakin mereka mampu menghasilkan bateri dengan kuasa 1W menjelang 2025. Apabila dipasang secara siri, kuasa yang lebih tinggi dalam dihasilkan. Sekiranya semuanya berjalan lancar telefon pintar yang tidak perlu dicas dan dron yang terbang selama-lamanya bakal menjadi realiti. Bateri nuklear sudah dibangunkan sejak 1914 dengan terdapat dua versi satu mengubah haba yang terhasil dari proses reputan radioaktif menjadi kuasa elektrik menggunakan termogandingan. Satu lagi menggunakan partikel beta untuk menggerakkan elektron pada bahan semikonduktor bagi menghasilkan arus. Anda mungkin tidak menyedari bateri nuklear dari jenis partikel beta sudahpun wujud sejak 1970an dengan ia digunakan sebagai bateri untuk mesin perentak jantung dalam tubuh manusia. Bezanya dengan bateri Betavolt ialah kuasa bateri lebih rendah sekitar 1 mikrowatt dan hanya bertahan selama 12.5 tahun. Sumber : amanz.my
|
Simunggu replied at 17-1-2024 09:54 AM
nak dispose mcm mana ya?
airfilterkotor replied at 17-1-2024 11:03 AM
Sama caranya seperti bateri biasa yang lain.
Simunggu replied at 17-1-2024 11:04 AM
nuklear tu...cacat mancat keturunan kau nanti
green~tea replied at 17-1-2024 11:38 AM
Termogandingan.... bengong aku kejap
green~tea replied at 17-1-2024 11:38 AM
Termogandingan.... bengong aku kejap
green~tea: Nuclear based battery for pacemaker dah lama phased out yaaaaaaaa Skang modern pacemaker pakai lithium iodide 5-10yrs.... sbb ia non-toxic & stable vo ...
Sazreena replied at 17-1-2024 01:28 AM
Cina ni kalau nak diikutkan power la gak dari segi otak dan kegigihan rakyatnya...cumanya tu la pera ...
gigahertz replied at 17-1-2024 12:30 PM
Cina ni macam Israel jugak la perangai.
Israel apa bende pun takde. tapi otak mmg power.
Cina kala ...
airfilterkotor replied at 17-1-2024 03:20 AM
Bateri tu bila decay half lifenya jadik tembaga. Masih emit beta tapi halussssss jek.
Kalau sebut ...
gigahertz replied at 17-1-2024 12:40 PM
Barat = Offer Full of Features ProductChina = Offer Better Spec of Product.
ADVERTISEMENT