CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Indonesia Bongkar Taktik Perdaya Penjaga Kaunter Tiket Di Malaysia, Cakap Bahasa Melayu Terus Dapat Murah!

15-1-2024 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5018| Komen: 15

Kebanyakan tempat menarik di negara ini menawarkan harga tiket masuk yang lebih murah untuk warganegara atau pemegang kad pengenalan (MyKad).

Ini bermakna, harga tiket yang dikenakan kepada warga asing adalah lebih tinggi bagi membolehkan mereka mendapat tiket atau masuk ke satu-satu tarikan.


Menerusi perkongsian di laman sosial, beberapa rakyat Indonesia yang berada di negara ini kini mempunyai taktik terbaharu untuk mendapatkan harga tiket lebih murah, sebagaimana yang dinikmati warga tempatan.




Mereka mendedahkan, caranya mudah sahaja iaitu hanya perlu fasih bertutur bahasa Melayu.

“Kami rakyat Indonesia di Malaysia. Kalau kita mahu tiket murah, kita pura-pura jadi Melayu... minta satu tiket kak,” kata seorang pelajar wanita.

Seorang pemuda Indonesia kemudian mengakui taktik yang diguna pakai oleh rakan-rakan senegaranya itu berkesan.


Turut berkongsi pengalaman, dia datang ke Malaysia bersama dua rakannya, dan antara destinasi menarik yang dikunjungi mereka adalah Melaka.

Setibanya di satu lokasi tarikan pelancong, mereka mendapati terdapat perbezaan daripada segi harga tiket untuk warganegara dan rakyat asing.

“Masa beli tiket, kami bercakap guna bahasa Melayu. Akhirnya pekerja (di kaunter) mungkin percaya kami dari Malaysia. Jadi, kami dapat harga tiket untuk warganegara Malaysia.

“Waktu itu ketika taklimat bersama rakan yang merupakan rakyat Malaysia, katanya nanti apabila nak sampai ke kaunter tiket, bercakap guna bahasa Melayu.

“Jadi dari jauh biar kedengaran seperti warga tempatan, orang Malaysia. Akhirnya kami dapat. Walaupun beli tiket untuk empat orang, tiga dari Indonesia dan seorang rakan di Malaysia,” ujarnya.

Selain bahasa pertuturan, wajah warga Indonesia yang mempunyai banyak persamaan dengan rakyat Malaysia menjadi bonus untuk mereka mendapatkan harga tiket lebih murah.

“Daripada segi rupa, orang Indonesia dan orang Malaysia kan lebih kurang sama. Sama je, mirip,” katanya lagi.

Walaupun taktik tersebut dilihat berkesan, namun dia mengakui ia merupakan tindakan yang tidak wajar kerana mereka seharusnya bersikap jujur dengan mengaku rakyat Indonesia.

Di ruangan komen, perkongsian video yang meraih lebih 1.3 juta tontonan di TikTok meraih pelbagai komen dan pandangan dalam kalangan netizen Malaysia dan Indonesia.

Apa yang menarik, rata-rata netizen Malaysia mendedahkan bahawa mereka juga menggunakan taktik yang sama bagi mendapatkan harga atau tiket lebih murah ketika berkunjung ke Indonesia.

“Saya Melayu dan saya lakukan ini juga ketika melawat Indonesia. Saya cakap Indonesia.

“Apabila saya ke Indonesia pun rakan warga Indonesia dan saya nak pergi beli tiket, dia suruh saya diam je dan jangan cakap.

“Aku pun guna bahasa Indonesia masa beli kat Bandung,” komen netizen Malaysia.

Namun hasil semakan mendapati sebenarnya banyak kaunter tiket di beberapa lokasi pelancongan popular mengenakan prosedur dengan meminta pembeli menunjukkan MyKad sebagai pengesahan sebagai warganegara.

“Lepas ni boleh kot penjual tiket apa-apa minta IC (kad pengenalan), senang.

“Kes ini adalah antara punca utama beberapa lokasi inginkan IC pengunjung untuk membuktikan kewarganegaraan,” kata netizen.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 15-1-2024 09:41 AM
Bangsa friska yg duk mlaysia ni mmg miskin harap subsidi dan keistimewaan rakyat malaysia. Kt negara dia xde dan x mampu..
Quote rospinki 15-1-2024 10:08 AM
bangsa indon ni mmng sejenis pengkhianat
eh takan tak bole detect lidah indon cemana pun dia cakap tetap bunyik indon tu ada
bodoh la org tu mudah2 kena tipu
Quote malarky 15-1-2024 10:21 AM
orang melayu ni mmg habis hati kalau orang luar especially mat saleh pandai cakap melayu, pernah baca satu artikel yang cakap salah satu cara org bvritish nak mabik hati orang melayu zaman penjajah dulu adalah dengan belajar bahasa melayu dan juga mamakai baju melayu.
Quote SalenaGomez 15-1-2024 11:10 AM
Kalau beli kat kaunter slalu nya akan minta ic kan. Especially kalau tiket tu ada different rate utk local
Quote Carcosa 16-1-2024 02:17 AM
Edited by Carcosa at 16-1-2024 02:20 AM

Ehhh menipu. Aku tak pernah sekali pon time beli ticket kat mana2 yg kasi discount utk MyKad holder, abg tu tak mintak tgk MyKad. Jgn nk gebang lah weiiii. Menipuuuuu je keje engko ek. Dasar keturunan babu! Dlm DNA korang ni, mesti tahap penipu tu tinggi betul ek??! Menipuuuuu je kerje korang. Kalau budak2 kecik, bawah umur mcm toddler tu semua, Yelah. Abg tu kdg kata tak payah MyKid, walaupun budak2 kecik harga murah. Ini, Yihhhh! Yakinnya kamu muka mirip. Idung pun serata dgn pipi, lagi mau demand kata mirip muka org kita. YIHHHHHH!
Quote Gianna111 20-1-2024 08:43 AM
Carcosa replied at 16-1-2024 02:17 AM
Ehhh menipu. Aku tak pernah sekali pon time beli ticket kat mana2 yg kasi discount utk MyKad holder, ...

cerita rekaan senah je ni.menipu je lebih.
Quote otai_g 20-1-2024 08:49 AM
Org indon kalo br belajar ckp melayu pun blh trace la slang indonnya. Penjaga tiket ni pun x kan bendul sgt x blh trace rakyat msia ke Indonesia. Cuba srh dia nyanyi lagu negaraku dulu
Quote misc 20-1-2024 09:35 AM
Bangga sgt la buat kerja haram mcm tu. Aku pernah jugak la hadap mende mcm ni (boleh je menipu kata local) tapi aku tetap bayar harga foreigner walaupun beza harga mmg jauh gila compare dgn local citizen.
Boleh tido ke malam2 kalau dah menipu mcm tu.
Quote Imkhai 20-1-2024 11:12 AM
Aku br blk dr bali gi tanah lot ckp stail bahasa melayu biasa je,dpt rega tiket masuk rate org local 30k ikotkn utk pelancong 75k smpai supir yg hntr tu ckp mbak itu ingt kamu local huhu
Quote dee4ellese 20-1-2024 12:07 PM
orang tempatan kalau tak bawak IC pun kena rate lain.. toksah la nak nipu... hahahaa
Quote cmf_almondpecan 20-1-2024 12:31 PM
Minta satu tiket kak tu bunyi janggal pada telinga Melayu. Lidah Melayu sebut minta tiket satu kak. Tapi kalau kata penjual tiket tak minta IC memang ada berlaku..
Quote antikorok 20-1-2024 03:32 PM
Edited by antikorok at 20-1-2024 11:06 PM

Cuba lerr tutop cover macam mana pun, tetap terserlah wajahmu, gayamu dan percakapan bunyik Konoha dari tanah leluhur ittew   
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:28 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:28 PM

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.038804 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top