Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Radhi Khalid menasihatkan golongan pekerja filem di Malaysia supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan atau dalam situasi kecemasan. Memetik laporan Harian Metro, Radhi berkata, pekerja filem tanah air tidak kiralah pelakon, pengarah atau kru perlu berjimat cermat untuk masa hadapan. "Nasihat saya kepada pekerja filem tanah air tidak kiralah pelakon, pengarah atau kru, kerjaya kita ini bukanlah hadir dengan gaji yang stabil. Kita tak ada slip gaji atau gaji tetap. Kadang-kadang, kalau bulan ini kita ada gaji, tak semestinya bulan depan kita akan ada gaji. Jadi, kita perlu berjimat cermat untuk masa hadapan, cuba menyimpan wang simpanan dan paling penting, ambil insurans atau daftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Paling penting adalah simpanan untuk memastikan rumah atau tinggal terjamin, tak kiralah rumah jenis apa pun mengikut kemampuan masing-masing". Ujar Radhi, dia turut belajar daripada pengalaman lima tahun lalu apabila diri sendiri berdepan situasi yang tak diduga. "Saya sendiri pernah melalui fasa yang sangat sukar lima tahun lalu apabila tawaran kerja berkurangan. Waktu itu, mujurlah saya ada wang simpanan sendiri juga dan ambil insuran. Namun, apabila terpaksa membayar itu dan ini, saya terpaksalah gunakan wang simpanan yang saya ada. Memang terduduk juga setahun dua sehingga ada kawan dan kakak saya berikan pinjaman wang bagi saya menyara kehidupan. Itu menjadikan saya supaya sentiasa beringat kerana kita tak tahu, apa yang akan melanda kita di masa akan datang". Terdahulu, Radhi yang mewakili Karyawan, memberitahu dia sudah mencuba sedaya-upaya untuk menghulurkan bantuan kepada pelakon veteran Aman Graseka. Sumber: Instagram/Ohbulan/Harian Metro |
Suchi replied at 12-1-2024 10:22 PM
Mujur dia ada kakak ongkaye yg kawen ngn ongkaye
Btw dia ni skrg masih berlakon lagi ker?
sharlenetexas replied at 12-1-2024 10:43 PM
Kakak heols ni kawin dgn vvip mana?
Suchi replied at 12-1-2024 10:48 PM
Vvip yg sedang diuji gak sekarang nih huhu
Ingat langkawi ingat cokolat itu, cokolat yg acik2 da ...
Suchi replied at 12-1-2024 10:48 PM
Vvip yg sedang diuji gak sekarang nih huhu
Ingat langkawi ingat cokolat itu, cokolat yg acik2 da ...
AnnaSendin replied at 12-1-2024 11:40 PM
Wow. Tuew dah tahap super duper vvvvvip.
annehuda replied at 13-1-2024 03:00 AM
Kakak die ke yg kasi statement laki dia kena tuduh sebab laki dia pandai berbisnes tu?
exclusive_vvip replied at 13-1-2024 07:49 AM
bagus nasihat dia untuk retis2 Malaysia ni…lama x tgk smpi hampir lupa kewujudan dia..tetiba tringa ...
Suchi replied at 13-1-2024 06:45 AM
Yaaa begitulaaaa
Baru je ada penampakan sheols kat media bbrpa hari nih
Suchi replied at 12-1-2024 10:22 PM
Mujur dia ada kakak ongkaye yg kawen ngn ongkaye
Btw dia ni skrg masih berlakon lagi ker?
ADVERTISEMENT