Seseorang yang membuat perkara yang tidak normal semasa tengah "high" dadah boleh menimbulkan rasa pelik dikalangan orang lain yang melihatnya dan disebabkan itu, ramai akan melabelkan individu tersebut mungkin mengalami masalah mental kerana tidak tahu individu tersebut adalah penagih dadah. Menerusi satu hantaran di aplikasi X, pelakon Izara Aishah berpendapat sakit mental hanya valid jika seseorang itu bukan di bawah pengaruh dadah ‘ice’ (crystal methamphetamine). Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 6,000 retweet dan 9,000 likes. Isu ini mula dibahaskan orang ramai apabila ada segelintir netizen mempunyai pandangan berbeza.
Netizen dikenali sebagai Nurul Izzah mahu orang ramai faham bahawa dadah adalah jalan keluar paling singkat bagi pesakit mental yang kekurangan sokongan. Namun, pelakon ini menekankan mengenai pengambilan dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine) yang memberi kesan lebih buruk. Kata Izara, disebabkan tweet itu, ada netizen memanggilnya bodoh menjelaskan ketagihan dadah merupakan salah satu masalah gangguan mental. Enggan berbalah, menantu kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menegaskan seseorang itu bukanlah sakit mental kalau tengah khayal dadah. Kredit: X Izara Aishah/Ohmedia |
BoongaKertas replied at 12-1-2024 10:13 AM
iols agree dgn izara. budak2 woke kat X ni suka jadi TERPALING. so nyampah gak lah.
Carcosa replied at 12-1-2024 01:34 PM
Walaupun aku light2 je dgn si Izara ni, tapi kali ni hakak setuju dgn ko dik.
Muntah hijau laaa bila ...
ADVERTISEMENT