Penyanyi Mas atau nama penuhnya Mas Idayu Mesnun, 51, yakin Aman bukan seorang yang suka mengemis wang daripada orang lain seperti yang berlaku baru-baru ini. “Percayalah, itu bukan Aman Graseka!” Itu antara respons penyanyi Mas Idayu mengenai isu membabitkan bekas suaminya iaitu pelakon, Aman Graseka yang didakwa sedang mengalami kesempitan hidup sehingga memaksanya memohon bantuan kewangan daripada rakan selebriti lain. Mas Idayu turut menyokong kenyataan rakan selebriti lain serta percaya itu adalah perbuatan scammer dalam rumahnya sendiri. “Saya menyokong beberapa kenyataan rakan selebriti lain seperti Sharifah Shahirah dan Ellie Suriaty serta percaya tindakan meminta wang itu bukan dilakukan oleh Aman. Itu adalah perbuatan scammer dalam rumahnya sendiri. “Kalau boleh tak mahu menuduh sesiapa tetapi yakin semua ini dilakukan oleh individu terdekat, yang selalu kawal telefon dia, siapa?” katanya.
Tambahnya, dia yakin perkara tersebut dilakukan oleh individu terdekat kerana Aman sehingga hari ini masih ‘hilang’ tanpa sebarang penjelasan selain tidak dapat dihubunginya oleh semua pihak. Ujar Mas Idayu lagi, dia juga hairan Aman tidak meminta bantuan dari anak mereka, Nur Dayini Asyiqah, 26, yang kini sudah berkerja, justeru percaya permintaan yang dihebihkab ini bukan dilakukan oleh Aman sendiri. “Sehingga hari ini, dia masih sepi dan keberadaannya juga kita tidak tahu sebab telefonnya dikawal. “Usaha anak mencari bapanya juga masih gagal sebab tak dapat dihubungi kerana nombor sudah disekat. Kalau benar susah, kenapa tidak mencari anak?” ujarnya. Mengakui agak keberatan untuk mengulas isu ini, Mas Idayu bagaimanapun tetap mendoakan kesejahteraan Aman dan berharap segala kebenaran bakal terbongkar tidak lama lagi. “Saya sudah tiada kena-mengena dengan Aman tapi dia bapa kepada anak saya. Saya percaya kenyataan ini dapat membantu Aman. “Jadi, saya cuma berharap dia okey dan tiada mengalami sebarang gangguan sebab Aman yang saya kenal adalah seorang waras serta sihat. “Harap individu di sebalik semua kegiatan ini akan sedar dan berhenti melakukan perkara yang memburukkan imej Aman sebagai seorang pelakon,” katanya lagi. Terdahulu, penyampai radio Suria FM yang juga pelakon, Sharifah Shahirah memuat naik perkongsian dalam Instagram mengenai Aman atau Aman Shah Baharom Shah, 56, yang meminta bantuan untuk keluarga dan anak-anaknya. Tindakan tersebut bagaimanapun meraih kecaman ramai apabila ada yang mendakwa Aman seorang scammer. Difahamkan, tindakan meminta bantuan kewangan atas alasan mengalami kesempitan hidup daripada golongan selebriti sebegitu sudah dilakukan sejak tiga tahun lalu. Sumber : Kosmo Online |
dewi_rina replied at 12-1-2024 11:35 AM
Baik mami ni, walau garang oranga kata mulut jahat tapi iols dah lama nampak sisi baik dia
Dolmat replied at 12-1-2024 03:46 AM
Ni baru kata mulut pedas, laser bertempat bukan lancang laser sesuka hati main lepas aje membukak ...
sleepandream replied at 12-1-2024 12:23 PM
mami macam malas nak sebut nama bini aman tu yach...
apolah... besok anak dara mami nak kawen kene p ...
anggeriklatifah replied at 12-1-2024 03:08 PM
Kami percaya mummy
Bini dia yang gila ada sakit mental tu punya angkara
Tengok muka bini dia pon cam ...
dua_chzy replied at 12-1-2024 04:29 PM
TAPI AMAN TU JADIK ENABLER! KALAU TIDAK TAKKAN LA DIA MENGEMIS MINTAK ORANG DERMA MASA BINI NAK BERA ...
dua_chzy replied at 12-1-2024 04:29 PM
TAPI AMAN TU JADIK ENABLER! KALAU TIDAK TAKKAN LA DIA MENGEMIS MINTAK ORANG DERMA MASA BINI NAK BERA ...
Qmrnycb replied at 12-1-2024 09:59 AM
Duit tetiba masuk byk dlm akaun sendiri xkan xtau kan..ke bini cepat2 kluarkan.tp xkan x pelik tet ...
ADVERTISEMENT