CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Zainuddin Tak Nak Artis, Pilih Duda Kaya Tua Sebagai Calaon Suami

12-1-2024 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16450| Komen: 63

Zarina Zainoordin mendedahkan menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan berstatus duda anak dua yang dikenali sejak 10 tahun lalu.

Akui Zarina, dia selesa menjalinkan hubungan dengan lelaki berusia 52 tahun itu yang disifatkan bersikap terbuka, selain mempunyai kedudukan kewangan kukuh.


Foto: IG

“Kami sudah 10 tahun rapat dan dia bapa kepada dua  anak yang masih belajar di sekolah menengah.

“Dia juga bukan dalam kalangan orang seni kerana saya memang elak bercinta dengan artis, saya pilih yang berduit.

“Dia pun tahu kenapa saya pilih dia yang tak pernah berkira, tahu-tahu duit bulanan rumah dia dah bayar,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online selepas tayangan drama bersiri Gemersik Berbisik, semalam.

Meskipun sudah lama bercinta, aktres berusia 40 tahun itu mengakui tidak tergesa-gesa  mendirikan rumah tangga.

“Kalau ikutkan saya memang sudah lama bersedia untuk berumah tangga iaitu sejak zaman sekolah lagi.

“Tapi tidaklah sampai tahap tertekan sebab sekarang masih belum berkahwin pada usia 40 tahun.

“Bahkan keluarga dan saudara mara tak pernah tanya soal jodoh, kecuali sesekali apabila balik raya terasa juga ketika dikelilingi mereka yang sudah berkahwin,” ujarnya.

Percaya dengan ketentuan jodoh, Zarina yakin hasrat bergelar isteri bakal menjadi kenyataan apabila tiba masanya.

“Mungkin dulu saya sibuk cari rezeki untuk bantu keluarga, itu yang sampai terlajak. Manalah tahu tahun ini kahwin. Doakan saya ya.

“Kalau sampai masanya pun saya pilih bersederhana, utamakan perkara wajib dulu, baru fikir resepsi dan sebagainya” ungkapnya.

Terdahulu, bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua itu pernah menjalin hubungan dengan beberapa pelakon lelaki namun kecundang di tengah jalan.

Zarina juga pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan bekas gitaris sebuah band muzik pada 2010, namun perancangan itu dibatalkan atas sebab tertentu,” katanya.

Sementara itu, mengenai pembabitan dalam drama bersiri lapan episod terbitan NS Star Studio yang disiarkan menerusi Unifi TV, Zarina membawakan watak Ipong. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 12-1-2024 09:37 AM
Baguslah pilih jerung. Ikan bilis susah sikit.

Quote telracs 12-1-2024 09:38 AM
Kenapa bercinta lama sangat...

Harap² lelaki tu memang sedia nak jadikan dia isteri... jangan sampai masa tersia²...
Quote hayrin86 12-1-2024 09:45 AM
Bukan Zarina Zainuddin ok.
Quote aammyy 12-1-2024 09:45 AM
Lama nau bercinta. Kata kaya? Bila yg beliau bercerai?
Quote prettyuglybabe 12-1-2024 09:47 AM
didudakan kah?
10 tahun takde jugak dikawinkan, do the math je la dek..
tunggu la sampai ovari mereput..
Quote menjad 12-1-2024 09:48 AM
Mesti anak tak restu? Hahaha

Org kaya takan ko pilih nak menangguh
Quote naina 12-1-2024 09:53 AM
Amboi..kemain. ni anak2 duda dia baca mesti meluatt. Kawen dgn bapak aku sebab duit. Padanlah kau cari yang lebih tua kau pun bukan muda lagi. Plus tak bermakna berduit hidup kau akan tenang2 bahagia je tau. Banyak mana duit kau ada banyak tu jugak ujian datang..tak diuji duit diuji pulak perangai. Lagi2 kau baru nak kawin. Memang ambik masa ya nak bagi serasi laki bini.
Quote tomaz 12-1-2024 11:26 AM
sugardedi la tu
Quote twins 12-1-2024 11:31 AM
52 tahun tak la tua sbb dia pun dah 40... sedang-sedang saja..
carikan lah sorang untuk si fathiyah tu kot mau hilang meroyan dia tu bila dah ada
laki
Quote IzzahF 12-1-2024 11:35 AM
sheols pun bukan la muda, sudah kertu. aiols nak OT bab sheols berlakon. sheols mmg bole berlakon tp apa pasal mcm lemahhh je. mcm semput je. bercakap mcm nak putus nyawa, sheols ada athma ke? tgk dia bercakap tu dgn aiols2 sekali jadi semput
Quote rbmy 12-1-2024 11:36 AM
mula2 aku konpius dia dgn zarina zainuddin. haha rupanya zainordin
Quote lilacomot 12-1-2024 11:51 AM
jujur yach....bkn cm retis laen..."sy pilih dia bkn sbb reta tp sbb dia ikhlas" pdahal mmg pilih duit laa kan
Quote prince_marhaen 12-1-2024 12:05 PM
Kalau kaya, tanggung kau, tapi belum fikir nak kawin..... tu sugar dad je nyah...takyah pusing kata kekasih hati la apa lanjio semua... dah bayarkan macam-macam takkan nak tengok saja ye tak? kalau nak kawin, dah lama dah kawin sebab dua-dua dah tua, duit pun banyak..... so, mesti la ada benda yang nak sorok-sorok daripada siapa-siapa kan.....kalau VVVVIP pun takde masalah kawin kalau duda...lagi dia bangga.. so? so? so?
kira ni relationships with benefit je lah. Aku tanggung, kau kangk*ang..simple. Takyah 'belum masa, belum masa...' ... bosan la nyehhhh!~~
Quote kelip2_07 12-1-2024 12:37 PM
xpyh la bgtau semua org bf ko byr sewa umah bagai..diam2 sdh la..nnti klu org komen mcm2 ko kata org dengki plk..klu yee pn bpk gula ko..simpan diam2 jer
Quote DragonSari 12-1-2024 01:16 PM
Eleh..dia tanggung ko, mesti lah ada balasan ye dak? Ntah2 belum rasmi jd duda. Klu btl Duda, nikah je ..Kata Kaya sgt Kan..umur dh 40 apahal nk tinggi2 lg? Bimbo much
Quote tweetytweety 12-1-2024 01:19 PM
dulu2 lps dgn si Khai AF1.
dgn si Mael kan yg muda dari dia
Quote justchu 12-1-2024 01:23 PM
takpe la tak yah rushing,
nnt da menopos nk kawen, kawen la..
tu pun kalo jantan tu larat
Quote me12345 12-1-2024 01:38 PM
Soklan , kalau masa umur kau muda cantik 10 tahun dulu pun dia x ajak kawin..apa assurance yg ko dh 40 an tua kembang dia akan pinang???......
Quote azimodin 12-1-2024 01:53 PM
Dispedo ke? Belum kawen dah dapat "nafkah" bulanan, tapi tetap x ikatan. Esok2 dah menopause silap2 dia cari yang lain. Red flag sangat

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066033 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top