CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yana Samsudin Selamat Bersalin Anak Ketiga

12-1-2024 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8197| Komen: 35



PELAKON Yana Samsudin meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan anak ketiganya meskipun sebelum ini melalui fasa hormon tidak stabil dan menghidap praeklampsia iaitu penyakit darah tinggi buat ibu hamil.

Bagaimanapun, Yana atau Nurliana Samsudin, 40, tidak berkongsikan dengan lebih terperinci berkenaan tarikh dan juga berat bayi lelakinya itu.

"Alhamdulillah syukur. Akhirnya bayi lelaki selamat dilahirkan selepas hormon dah kacau bilau sebelum ini.

"Lepas empat hari dekat hospital itu hari, BP (tekanan darah) masih tidak stabil dari 140 sampai ke 170.

"Suami putuskan nak minta keluar juga dari hospital lepas bersalin walaupun BP tinggi," katanya.

Yana memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagramnya pada Khamis.

Aktres itu juga meluahkan rasa terharu apabila suaminya Fadzil Zahari membuat kejutan dengan membawakan ke satu pusat penjagaan buat ibu bersalin.


Yana menjelaskan, Fadzil menghantarnya ke pusat tersebut kerana mahu mengubah persekitaran dan juga ingin sentiasa dibawah pengawasan jururawat.

"Masa masuk dalam kereta Yana cakap baju baby tak beli lagi, baru ada dua set. Yana pun baru teringat nak beli pad dan kelengkapan ibu bersalin semua. Dia cakap tak payah beli semua itu.

"Rupanya suami buat kejutan. Dia bawa ke KLC Post Natal Care. Tak terfikir Yana akan berpantang di sini.

Apa alasan dia hantar dekat sini sebab dia nak ubah perskitaran Yana. Nak Yana selesa macam lepak rumah santai tengok cerita sahaja. Ada jururawat jaga 24 jam untuk ibu dan baby. Makan pakai semua siap. Tidak perlu fikir apa-apa," ujarnya.

Akhirnya bayi lelaki selamat dilahirkan selepas hormon dah kacau bilau sebelum ini. YANA SAMSUDIN PELAKON
Dalam masa sama, Yana juga sempat bertanyakan mengapa suaminya itu tidak memeluk dan menenangkannya ketika sedang keadaan marah akibat anak-anaknya yang bermain dengan kotoran.

Jelas Yana, Fadzil enggan berbuat demikian kerana keadaannya ketika itu sangat garang dan takut dimarahi.

"Kita tanya kenapa tak peluk Yana masa saya marah sangat malam itu, dia cakap #KakYong garang sangat, nanti dia pun kena marah sekali.

"Tapi Yana dah minta maaf dah sebelum bersalin masa tu. Kita bukan materialistik, Yana juga manusia biasa, ada perasaan dan ada ketika Yana tak perasan sensitif tiba-tiba," katanya.



Sebelum ini, Yana terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap praeklampsia.

Berkongsi punca diserang penyakit itu, Yana berkata ia bermula selepas dua anaknya iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea berkelakuan terlalu aktif sehingga menyebabkan dia tertekan.

Untuk info, hasil perkahwinan Yana dan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, dan Aura Aisy Sofea, 4.




Sumber : mStarOnline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgocircus 12-1-2024 09:22 AM
Mujur laki jenis paham bahasa.... Neway congrats dpt baby..
Quote ezacbee 12-1-2024 09:30 AM
Tahniah, Senang dapat relax..
Quote pocongkiutss 12-1-2024 09:33 AM
Sponsor ke..tempat tu baruu je bukak November 2023..first time dgr..hehe
Quote telracs 12-1-2024 09:34 AM
Setelah berbakul² lakinya dikecam netizen gara² kenyataan tak peluk bini time stress...

Hmmm.. semoga baik sahaja semuanya.
Quote 3chanceno 12-1-2024 09:38 AM
Tahniah & selamat berpantang
Quote Suchi 12-1-2024 10:13 AM
Tak paham knp laki dia nak suh discaj juga walau BP tinggi? Tak bahaya ke? Atau dah turun ke BP dia bila dpt berpantang kat confinement centre tu?

Tp kan iols kalau duk tempat gitu mcm lebih stress je haha sbb iols tak leh juga berjauhan plak ngn laki n anak2 lain.
Cukupla tak jumpa masa kt hosp tiba lepas beranak pun tak jumpa lagi.
Lebih ok kalau perawat tu mai umah tolong buat kerja umah. Leraikan anak2 yg bergaduh ke apa hahah
Quote stingergrumpy 12-1-2024 10:14 AM
telracs replied at 12-1-2024 09:34 AM
Setelah berbakul² lakinya dikecam netizen gara² kenyataan tak peluk bini time stress...

Hmmm.. se ...

Patah kejong pazzpuzzpuzz pantang on cue....peluk tak cukup tanah.....dan nyanmanyambek masih menanti adik...

FAKE BIG TIME....
Quote annabellaruz2 12-1-2024 10:14 AM
Tahniah..

Untung la..klu berduit dan ada rezeki, nak juga berpantang rileks2 & happy2 mcm ni.

Tp itu hanya mimpi..iols dah tutup kilang..

Semoga anak iols berpeluang berpantang happy2 dan rileks2 mcm ni.

Nnt nanny pun nak tumpang rileks dgn anak dan cucu..hehehehe

Yg pernah berpantang dalam keadaan yg tertekan jer yg faham dan akan reti bersyukur bila diberi kesempatan menikmati waktu berpantang yg selesa dan tiada tekanan.

Agak2 apa kriteria nak buka pusat berpantang mcm ni yer?

Macam best pula..boleh tumpang mengulit baby bau syurga..
Quote azimodin 12-1-2024 10:21 AM
Xtakut ke mintak keluar walaupon bp masih tinggi? Memang sebenarnya kat hospital susah nak "rehat", especially kalau kes high risk. Iouls pernah kena setiap 3 jam ambik darah, dah la doctor pelatih yang cucuk. Sampai biru2 dia cucuk. Ada satu kali tu 5 kali try tapi x dapat tarik darah. Nasib baik la nurse tolong cucuk. Terus nurse tu cakap "biar saya je la cucuk patient ni kejap lagi. Dah lebam2 dah dia ni"
Quote jai09 12-1-2024 10:34 AM
Bahaya nya lah. Tapi I believe the doctor dah explained tapi dia berkeras juga nak keluar. Walaupun dh bersalin masih ada risiko kena eclampsia. Walaupun xpenah tgk at least baca la complications. Ada patient eclampsia fitting non stop sampai bleed in the brain sampai mati. Kesian anak yang baru lahir dh xde mak. Another note is tu duduk dekat postnatal centre tu tolong la inform nearest KK untuk KK nurse dtg check. Ni nurse nk kena carik. Somemore dia ni high risk pregnancy, macam2 risiko. Postnatal centre claimed diorang ada nurse and all but not certified pun. Ubat cair darah kena cucuk pun xtanya patient cucuk ke tak ade ubat ke tak. End up dtg hospital mati jugak. Yang pegi meeting mortality kang doctor. Postnatal care untung buat duit.
Quote Buritan 12-1-2024 10:40 AM
Suchi replied at 12-1-2024 10:13 AM
Tak paham knp laki dia nak suh discaj juga walau BP tinggi? Tak bahaya ke? Atau dah turun ke BP dia  ...

Kena kawin dgn prince mateen baru dpt cenggituu.. hahahaha
Quote shernazz 12-1-2024 11:12 AM
Sponsored ke tu..
Tapi okay la dok kat postnatal care..mmg takde stress sangat...
Cuma tu la...mesti laki dia dah sign untuk risiko atas tanggungan sendiri tu..
Kalau hospital swasta tu takde Nye tekanan..dok.je la lama sikit..melainkan ada isu fulus lah...
Quote annabellaruz2 12-1-2024 11:38 AM
azimodin replied at 12-1-2024 11:21 AM
Xtakut ke mintak keluar walaupon bp masih tinggi? Memang sebenarnya kat hospital susah nak "rehat",  ...

betul uols..
meols admitted 7 hari, mmg tak cukup rehat.
Kejap2 1 group doktor pelatih datang buat survey/interview
kejap2 student nurse plak
penat nak jawab ulang2 soalan yg sama.

doktor pakar review, attended doktor review.
x senang nak rehat.

Quote azimodin 12-1-2024 11:45 AM
annabellaruz2 replied at 12-1-2024 11:38 AM
betul uols..
meols admitted 7 hari, mmg tak cukup rehat.
Kejap2 1 group doktor pelatih datang buat ...

Paling seram bila doctor pakar bawak segerombolan doctor pelatih pastu main tanya2 soalan depan depan kita. Kita pulak rasa kesian bila dorang terkebil-kebil. Nak tolong bagi jawapan x tahu, lain la kalau tanya soalan trivia gosip retis tempatan ala2 ig kak sepitsiput
Quote annabellaruz2 12-1-2024 11:47 AM
azimodin replied at 12-1-2024 12:45 PM
Paling seram bila doctor pakar bawak segerombolan doctor pelatih pastu main tanya2 soalan depan de ...

ahahaha...betul kesian tgk doktor pelatih kena tengking depan patient..

Quote honeybee1802 12-1-2024 11:51 AM
azimodin replied at 12-1-2024 10:21 AM
Xtakut ke mintak keluar walaupon bp masih tinggi? Memang sebenarnya kat hospital susah nak "rehat",  ...

Itu la pasal...awat awal nor kuar bila ada risk....takut tinggi ke apa?lakinya ni tau tak apa risiko darah tinggi ni?
Quote azimodin 12-1-2024 11:58 AM
honeybee1802 replied at 12-1-2024 11:51 AM
Itu la pasal...awat awal nor kuar bila ada risk....takut tinggi ke apa?lakinya ni tau tak apa risi ...

Kawan iouls pre-eclampsia tapi tiba2 muncul bila nak dekat due date. Tengah hari tu elok je pergi luch, petang dapat call dari husband member tu cakap wife dia tiba2 sakit kepala & rasa nak pitam. Rush pergi hospital & terus kena csect. Lepas bersalin dia kena sawan. Taubat dia, terus xnak beranak lagi.
Quote syamzana 12-1-2024 12:13 PM
azimodin replied at 12-1-2024 11:58 AM
Kawan iouls pre-eclampsia tapi tiba2 muncul bila nak dekat due date. Tengah hari tu elok je pergi  ...

lepas bersalin tu dah balik rumah ke masih kat hospital kejadian sawan? scarynya
iols ingat preeclampsia ni kejadian dlm pregnant je lepas baby lahir slowly hilang ke ada je yg lekat smpai ke sudah?

byk betul masalah ibu2 nak lahirkan anak, tu pun kalau dpt laki hangsuang buat bodo je jgnkan nak peluk cium bg present kat isteri, jaga bby malam2 pun hampehhhh.

btw, tahniah yana. berpantang elok2 jaga diri.
Quote honeybee1802 12-1-2024 12:37 PM
azimodin replied at 12-1-2024 11:58 AM
Kawan iouls pre-eclampsia tapi tiba2 muncul bila nak dekat due date. Tengah hari tu elok je pergi  ...

Tu la...my senior collegue dulu...high blood dia tak mo turun lepas beranak pun...dia beranak umur dekat 40 la...then mcm nak risk mcm ke jantung plak...lama2 dia berenti keje je la...sib company hasben ada medical utk family...voleh la numpang...and yes dia pun ikat peranakan dia..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.077600 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top