CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Salah satu rahsia untuk mengekalkan kecantikan ialah...", Model Tertua Dunia Kongsi Rahsia Kecantikan Di Usia 93 Tahun

12-1-2024 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7436| Komen: 61

Carmen turut berkongsi petua kekal cantik di usia emas.


UMUR hanyalah sekadar angka.

Begitulah prinsip yang dipegang seorang model warga emas yang membesar di New York.

Berusia 93 tahun, Carmen Dell’Orefice masih aktif melakukan peragaan atau model dalam industri fesyen sehingga menjadi penghias kulit beberapa majalah terkenal antarabangsa.

Carmen mula kerjaya model sejak usia 13 tahun.


Berkongsi cerita, dia mula menceburi bidang peragaan ketika berusia 13 tahun, selepas isteri kepada jurugambar Herman Landschoff memintanya beraksi di dalam bas ketika dalam perjalanan ke kelas balet.

Susulan daripada itu, gambarnya tersebar luas dan mendapat perhatian ramai jurugambar terkenal.

Dua tahun kemudian, dia menjadi penghias kulit majalah Vogue dan model kegemaran Erwin Blumenfeld.

Usia bukan penghalang untuknya berada di pentas peragaan.


Meskipun memperoleh pendapatan sebagai model, namun ia tidak cukup untuk menampung kehidupannya bersama ibu sehingga mereka terpaksa mengambil upah sebagai tukang jahit.

Lebih menyedihkan apabila dia turut dieksploitasi oleh suami selepas mendirikan rumah tangga pada 1950.

Selepas berpisah, Carmen berkahwin pula dengan jurugambar Richard Heimann sebelum ditinggalkan lelaki itu pada 1958, kerana dia nekad berhenti model.

Tampil anggung meskipun di usia emas


Berhadapan masalah kewangan pada 1978, dia kembali semula ke dunia peragaan dan menjadi penghias kulit majalah sekali lagi.

Sejak itu, Carmen tidak berhenti menjadi model dan terbaharu telah menjadi penghias kulit Vogue Czechoslovakia, sebagai model tertua di dunia.

“Lelaki dan wanita harus menjaga dan menyayangi diri mereka sendiri. Salah satu rahsia untuk mengekalkan kecantikan ialah melakukan apa yang dilakukan pada bayi.

"Itulah yang harus kita lakukan dengan diri kita sendiri iaitu memelihara, menyayangi dan memberikan tenaga," ujarnya ringkas. - Oddity Central





SUmber : mStarOnline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 12-1-2024 09:14 AM
fuhh pjg sungguh umur dia,
baca kat wiki 3 lelaki dia dah prnh kawen.
Quote BoongaKertas 12-1-2024 11:07 AM
classy nampak nenek ni. larat lg sheols nak bekerja.
Quote shernazz 12-1-2024 11:19 AM
Dahsyat
Iols kalau 93 tahun entah hidup ke tak..huhu..
Quote ezacbee 12-1-2024 11:41 AM
Nenek aku sebaya pun klo berjalan bergoyang2.. nenek model ni kuat lagi..

Quote vanillaninja 12-1-2024 11:42 AM
Larat ye umur 93 buat catwalk. Takde ke pic sheols without any makeup?
Quote syamzana 12-1-2024 12:00 PM
kagum iols org yg dah cecah 90an masih kuat berdiri tegap dan berjalan tanpa goyang2.
ape laa agaknya diet seharian dia selama hidup?
Quote anony-mous 12-1-2024 12:26 PM
Hebat! Ni mesti rutin bukan biasa2. Disiplin punya org. Bdn tegak herlok lg. Kagum dgn org mcm ni, mcm jlo
Quote SalenaGomez 12-1-2024 12:32 PM
syamzana replied at 12-1-2024 12:00 PM
kagum iols org yg dah cecah 90an masih kuat berdiri tegap dan berjalan tanpa goyang2.
ape laa agakny ...

Baca kat wiki, kesian juga life nya. Lebih kat sini kurang kat tempat lain. Kawen 3 kali pon kejap2, x lama. Anak pon xde. Padahal lawa kan.
Quote twins 12-1-2024 12:33 PM
takat muka tu ok la boleh mekap tp larat dia nak ber high heels nak catwalk... kalau opah2 kita umur 80 pun dah sakit lutut tak boleh jalan dah... bukan tanya tips cantek..kena tanya tips dia aktif mcm org muda
Quote rospinki 12-1-2024 12:37 PM
menipu je nenek takat jaga mcm baby bole awet muda padhal dia duk teguk darah baby bkan jga mcm baby
muka pun dh mcm vampire
Quote Kitty_catz 12-1-2024 02:28 PM
meols target ngam2 88 nak sadakallah

ong wooooo
Quote cmf_premierleag 12-1-2024 02:34 PM
lawa nenek ni..lagi lawa la dr Cik B yg body gundu leher hitam bb insulin resistance tu
Quote supernaturalee 12-1-2024 02:55 PM
teringat miranda priestly


....that's all........
Quote _kelly 12-1-2024 02:59 PM
kalau nak kuat masa tua kena buat weight training uols..angkat la dumb bell kettle bell segala besi tu..baru cantik dan tak gelebeh
Quote bottombikini 12-1-2024 02:59 PM
umo 93 jadi model majalah ke model catwalk
kalo catwalk iols kagum
Quote Buritan 12-1-2024 03:05 PM
cmf_premierleag replied at 12-1-2024 02:34 PM
lawa nenek ni..lagi lawa la dr Cik B yg body gundu leher hitam bb insulin resistance tu

Nape cik b.. byk lg org cik b jgk yg kena.. sebutlaa cik yah ke cik kam ke cik kiah ke..

rrttt
Quote kucingitam 12-1-2024 03:07 PM
SalenaGomez replied at 12-1-2024 12:32 PM
Baca kat wiki, kesian juga life nya. Lebih kat sini kurang kat tempat lain. Kawen 3 kali pon kejap ...

sbb tu dia boleh menten lawa, body bergetah..takde anak...hmm
Quote salimrock 12-1-2024 03:08 PM
Edited by salimrock at 12-1-2024 03:11 PM
ezacbee replied at 12-1-2024 11:41 AM
Nenek aku sebaya pun klo berjalan bergoyang2.. nenek model ni kuat lagi..

ada nenek sedara wa , umor 93 tahun kecut dah, dah mcm prune, nenek ni tak tau la kalo buka baju tak tau cam mana, tp tgk gaya mmg stylo ar...
Quote Naftalena 12-1-2024 03:10 PM
Carmen-DellOrefice-nude-shoot_15.jpg

Gambo sheols masa muda

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.175718 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top