CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Hey Google, Turn On Toilet”, Rumah Kampung ‘Selera T20’! Keluarga Ini Selesa Tinggal Di Kediaman ‘Canggih’ Ala Iron Man

11-1-2024 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15606| Komen: 51



LUARANNYA hanya sebuah rumah kampung, namun siapa sangka di dalamnya dilengkapi dengan sistem teknologi canggih seperti kediaman pintar.

“Hey Google, turn on toilet,” kata seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di dapur yang memberi arahan supaya lampu tandas dipasangkan.

“Alright turning on the toilet light,” kedengaran 'suara' peranti yang telah diaktifkan membalas arahan sambil lampu tandas menyala serta-merta.


Di sebalik video tular yang meraih pujian netizen itu, rumah kampung yang canggih tersebut didiami pasangan suami isteri di Kampung Bukit Sekilau di Kuantan, Pahang.

Berkongsi cerita, Mohd Suib Farouk Zolkefli mengakui kediaman yang didiami bersama isteri, Athirah Aina Ab Razak sejak kira-kira empat tahun lalu sekadar rumah kampung yang cukup ringkas dan dilengkapi satu bilik tidur sahaja.

Keadaan asal rumah sebelum diubahsuai.

Mesra disapa Suib, dia berkata, rumah tersebut telah diubah suai sedikit tetapi masih mengekalkan ciri seperti kebanyakan rumah kampung.

“Rumah ni tak besar, ada satu bilik je. Siling tak ada, macam rumah kampung. Nak digambarkan macam rumah setinggan ya sebab berdindingkan kayu-kayu lama.

“Memang kecil je rumah ni. Ruang makan pun di dapur. Tapi kami selesa tinggal bersama anak-anak di sini,” katanya kepada mStar.

Rumah kampung yang dilengkapi satu bilik tidur.

Mengenai sistem rumah pintar atau smart home di kediamannya, lelaki berusia 29 tahun itu berkata dia mendapat inspirasi daripada teknologi canggih di rumah Tony Stark lakonan aktor Hollywood Robert Downey Jr menerusi filem adiwira popular, Iron Man.

“Semuanya bermula dari minat saya terhadap Iron Man, semua filem dia saya tengok. Inspirasi daripada ‘Jarvis’ dalam Iron Man yang mentadbir rumahnya menerusi sistem AI (Kecerdasan Buatan).

“Pernah berangan nak jadi Iron Man, tapi angan-angan tu tinggi sangat. Ada smart home ala Jarvis ‘Iron Man’ untuk rumah kampung saya ni pun dah memadai,” ujar anak kelahiran Kuantan itu secara berseloroh.

Bagaimanapun, perjalanan untuk mempunyai kediaman yang dilengkapi dengan sistem rumah pintar itu tidak mudah dilakukan oleh bapa kepada dua cahaya mata ini.

Kiri suis di tandas dan kanan suis untuk ruang tamu.

Menurut Suib, dia perlu membeli kelengkapan dan memasangnya sendiri secara berperingkat selama lebih tiga tahun sejak 2020.

“Duit tak banyak, jadi beli dan pasang sikit-sikit. Mula-mula di ruang tamu, sebelum ke bilik tidur, dapur dan tandas.

Ini adalah kepuasan untuk diri sendiri demi keselesaan kami sekeluarga. MOHD SUIB FAROUK ZOLKEFLI
“Rumah saya ni tak ada siling, bumbung pula rendah jadi cepat panas. Bila balik dari kerja, nak tunggu sejuk ambil masa selepas pasang kipas.

“Nak pasang aircond pula kena banyak kos dengan bil elektrik lagi. Jadi dari luar dah boleh hidupkan kipas menerusi telefon pintar selagi ada internet,” katanya sambil menambah minatnya disokong isterinya yang merupakan suri rumah yang turut menjual marshmallow pop dan cookies pop secara kecil-kecilan.

Kiri anak perempuan menunjukkan 'speaker Google' dekat dapur dan kanan peranti di bilik tidur.

Mengakui tiada kemahiran dalam bidang elektrik, percaya atau tidak, pengusaha bisnes cuci kereta ini hanya belajar memasangnya sendiri daripada laman YouTube.

Selepas tiga tahun, teknologi canggih ini berjaya dipasang di dalam rumahnya termasuk boleh menghidupkan TV dan vakum secara automatik.

Suib menganggap 'rumah pintar'nya sebagai kepuasan untuk diri sendiri demi keselesaan sekeluarga.

“Bagi saya, ini adalah kepuasan untuk diri sendiri demi keselesaan kami sekeluarga. Ini juga memudahkan anak kecil kami tanpa perlu panjat untuk hidupkan suis dan tanpa perlu risau tangan basah terkena renjatan elektrik sebab boleh ‘on’ melalui pengesanan suara atau dari telefon pintar saja.

“Ada netizen komen rumah kampung selera T20, saya anggap ia sesuatu yang positif kerana saya seronok buat benda ni dengan hasil usaha sendiri.

“Rancangan akan datang nak pasang sistem kunci pintar untuk pintu rumah, dan mungkin juga pasang langsir yang boleh buka tutup secara automatik seperti di pejabat dan hotel. Tapi kena kumpul duit dululah,” katanya lagi.



Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 11-1-2024 08:52 AM
Initiatif bagus..kalau dia byk duit dah mcm2 dia buat. Semoga maju jaya
Quote hareeeesah 11-1-2024 08:56 AM
Baik le selesakan kemaskn dulu rumah kot ek? Tp duit dia eh ikut kome la…
Quote syamzana 11-1-2024 09:03 AM
kalau tgk dari pic rumah asal kepada pic bawah rumah dah reno tu byk dah kot dia buat cuma kekangan duit je la ni.
iols doakan org2 mcm ni dikurniakan rezeki melimpah ruah, jgn lupa tambah bilik utk anak2.
Quote KamikuP 11-1-2024 09:10 AM
Moga maju jaya ye buat Suib sekeluarga. Kalau ada influencer datang buat konten halau depa balik tau.. ekekeke
Quote afie_m 11-1-2024 09:14 AM
waaa..tak sangka ..terbaik
Quote plywood 11-1-2024 09:27 AM
baguslah.

aku selalu terfikir tetang keadilan didunia ini. kenapa ada yang dilahirkan miskin dan kenapa ada yang kaya dan ada yang dilahirkan merempat...mana keadilan

selepas berfikir lama akhirnya aku terfikir jugak barangkali inilah keadilan semasa kita hidup didunia, iaitu perasaan gembira yang dialami oleh orang miskin atau kaya sebenarnya tak ada beza pun. kalau kmu boleh gembira aku pun boleh gembira dan tak ada beza pun kerana ianya cuma perasaan

yang penting didunia ini ialah sikap kita sendiri kerana pencetusnya  adalah diri kita sendiri, seperti yang dilakukan oleh orang ini....

klu kita sering menciptakan kegembiraan, kesenangan, having a good time together dalam lingkungan kehidupan sendiri, walaupun miskin atau ada kekurangan, hidup kita tetap dalam kegembiraan kebahagiaan .. dan jangan pedulikan pandangan atau recognition atau pujian orang lain. enjoy handle masalah seadanya dan just live your life to the fullest maka kita sepatutnya telah menjalani hidup dengan baik semampunya..
Quote hidet 11-1-2024 09:31 AM
syamzana replied at 11-1-2024 09:03 AM
kalau tgk dari pic rumah asal kepada pic bawah rumah dah reno tu byk dah kot dia buat cuma kekangan  ...

ye..nampak selesa banyak dah compare asal tu..alhamdulillah, moga sentiasa dilimpahi rezeki yang berkat dan utk dia teruskan impian smart home dia..
Quote copy_paste 11-1-2024 09:31 AM
dulu pun pernah fikir nk buat cmni tapi leceh arr nak sebut hey google turn on light, baik tekan je suis kat tepi pintu sambil masuk jamban,
alasan suib sbb nak on kipas awal2 sblum dia sampai rumah sbb tu dia pasang,
Quote kucingitam 11-1-2024 09:32 AM
pasanglah lampu macam apek jual mi goreng tu.. nak on jerit ' woohoo'..
Quote hidet 11-1-2024 09:33 AM
plywood replied at 11-1-2024 09:27 AM
baguslah.

aku selalu terfikir tetang keadilan didunia ini. kenapa ada yang dilahirkan miskin dan ke ...

sama la..aku pun salu pikir gitu..kkdg napsu kita ke benda luxury, terpikir org sekin ada tak napsu ke benda2 luxury mcm ni..kesian kalau tak merasa..tapi Allah bagi perasaan sedih/ gembira tu sama..tapi utk org sekin maybe dah dapat barang tak luxury tapi buat deme happy dah sama happy dgn kita dapat benda luxury . takrifan luxury tak sama
Quote Radzor 11-1-2024 09:44 AM
plywood replied at 11-1-2024 09:27 AM
baguslah.

aku selalu terfikir tetang keadilan didunia ini. kenapa ada yang dilahirkan miskin dan ke ...

Adil je le. Lagi banyak harta, kuasa dan ilmu lagi banyak ujian nye. Percentage % nye sama walaupun org hebat nampak hebat. Nanti menjawab kat mahkamah pembalasan.
Quote prince_marhaen 11-1-2024 09:50 AM
Edited by prince_marhaen at 11-1-2024 09:51 AM

Canggih, inovatif... tapi sambil2 jual marshmallow tu, boleh suruh isteri kelubung tu kemas2 rumah, sapu2 habuk sawang kat rumah tu bang... anak pun baru dua, sorang dah besar dah. Orang kata biar kecil, buruk, rumah lama, tapi nampak la berkemas bang...

gittewww meols cari point.
Quote Cassieopeia 11-1-2024 09:55 AM
kepuasan tiap org tak sama ada yg suka duduk rumah ngadap tv wlpn dok sorg, ada yg suka travel mcm dia ni suka AI ni. rumah tu dah selesa bg dia okla. betul jgk xdela anak nk panjat kerusi bukak suis. mcm aku dlu rasa baik pakai kete biasa janji dpt travel sane sini tp dh kawin de anak baru rasa nk ada kete selesa.
Quote mamaazim 11-1-2024 10:25 AM
hidet replied at 11-1-2024 09:33 AM
sama la..aku pun salu pikir gitu..kkdg napsu kita ke benda luxury, terpikir org sekin ada tak naps ...

yer betul tapi kebanyakkan orang kalah dengan people expectation. kalau aku kan aku beli kasut ni mahal sikit, kalau aku kan aku renovate rumah lg cantik, ape kelas minum kopi 434 kalau aku kan aku lepak starbuck, ko pakai kancil je bila lagi nak senang kalau macam ni kene beli H baru orang pandang.  padahal dia dah happy dah tapi expectation orang lain yang kehidupan ini sepatutnya begitu atau begini tu lah kadang2 buat orang serabut.. kalau bini orang tu kawin ngan dia dan terima seadanya oklah tu tapi kadang ada jenis yg suka mcm ku cakap tu lah, kalau akulah kan laki aku kene siapkan rumah cantik2, kalau aku lah laki aku kena ada kereta H kalau aku etc etc etc.. kalau bini dia tabah n redha happy je diorg ok lah kalau kalah ngan expectation orang pada kehidupan n tak tak sabar ha tu buat gaduh laki bini...
Quote wajaman 11-1-2024 10:56 AM
woooo,betulla scene dlm senario lagi mmg wujud..luar setinggan,dalam mcm kondo
Quote honeybee1802 11-1-2024 11:02 AM
hidet replied at 11-1-2024 09:31 AM
ye..nampak selesa banyak dah compare asal tu..alhamdulillah, moga sentiasa dilimpahi rezeki yang b ...

Ini contoh b40 yg ok...ada usaha skit2 upgred hidupnya...
Quote hidet 11-1-2024 11:25 AM
mamaazim replied at 11-1-2024 10:25 AM
yer betul tapi kebanyakkan orang kalah dengan people expectation. kalau aku kan aku beli kasut ni  ...

betul.people expectation.. tambah2 ada socmed. semua nak menayang..terluka hati yang tak mampu..tapi yang mampu tak salah pun kan..dah dia mampu, dia beli, dia tayang..ikut suka dia la barang dia.socmed dia.pastu dok ajak orang bersyukur, jangan compare..cer ko tu jadi yang takmampu baru kau tau erti jangan compare tu cane..hihi... yang tak mampu tu pulak..kalau hati tu kotor, jangan tengok..kalau tertengok..cepat2 la bersyukur dgn apa yang ko ada skrg ni.dan berazam untuk mengubah nasib .sebelum ko disyarahkan oleh org mampu..aaaahgituu ku bersyarah
Quote mamaazim 11-1-2024 12:10 PM
yes sometimes we love to get other's validation to get satisfaction. rasa cam penuh dah dalam jiwa kalau ada orang yg validate "yes you are having a rightful way of life" jgn kata orang lain diri ku pun kadang2 cam tu. tapi tetaplah bersyukur ngan apa yang ada sbb itu penguat diri.. rasa cukup... rasa syukur... jiwa kene kental skrg as if mcm ko ni ketinggalan sangat kalau menjalani kehidupan yang biasa2 atau sederhana... but for me persetankan semua itu hahahahaha tapi .. tapi... ada orang yang tidak bisa menepis of being comparable. so kita pun kadang2 ada kene ingat gaklah tak semua org ok dgn apa yg ditayang.. kalau u are a resistance of being comparable then bagus.. ontok2 je kita jalani kehidupan sbb susah ke senang kita tak ada orang yang tahu.  jangan sampai terlalu nak dapat validation sampai diri sendiri yang merana. if you can push more then go ahead but the most important thing is what is really things that is most valuable and can make u happy.
Quote mejaputih 11-1-2024 12:45 PM
syamzana replied at 11-1-2024 09:03 AM
kalau tgk dari pic rumah asal kepada pic bawah rumah dah reno tu byk dah kot dia buat cuma kekangan  ...

ye dah berbeza byk improvement...mcm ni la kita nk, ada usaha utk ubah kearah lebih baik. nanti anak2 perhati dan akan membesar dgn role model yang baik.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048056 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top