CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fahmi Fadzil Pertimbang Kawal Content Podcast, Cadangan Rumah Pelacuran Tak Boleh Diterima

10-1-2024 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8199| Komen: 3

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kementeriannya mungkin akan mengkaji untuk memantau setiap kandungan podcast di negara ini susulan kenyataan kontroversi dikeluarkan pelakon Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini.


Mengulas mengenai kontroversi berkenaan, Fahmi menegaskan undang-undang Malaysia tidak membenarkan pembukaan rumah pelacuran kepada warga asing dan kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang cadangan yang boleh membawa kemudaratan.

Malah, Fahmi bersetuju dengan Menteri Agama iaitu Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengenai kewujudan rumah pelacuran yang bercanggah dengan hukum Islam.


Foto: mStar

"Kami belum ada rancangan (pantau content podcast) tapi anda baru saja beri saya idea.

"Saya sependapat dengan Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengenai idea memperkenalkan rumah pelacuran untuk warga asing di dalam sebuah podcast benar-benar tidak boleh diterima.


"Hukum tidak mengizinkan (untuk aktiviti seperti itu). Ini adalah kesalahan daripada pihak Rosyam Nor," katanya ketika ditemui pemberita.

Sebelum ini, Rosyam berpandangan perlunya rumah pelacuran di negara ini mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen di media sosial.

Kata Rosyam, kewujudan rumah pelacuran perlu susulan lambakan warga asing di negara ini sehingga timbul isu jenayah seksual melibatkan golongan berkenaan.

Rosyam berkongsi pendapat itu menerusi siri podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Movies pada Ahad lalu.

Bagaimanapun pelakon berkenaan tampil memohon maaf pada petang Selasa susulan menerima pelbagai kecaman netizen.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 10-1-2024 01:01 PM
Itu yang sibebal kerinchi ni nak; orang sebut sebut nama dia; sila.kemaskan wajah; nampak serabut.
Quote sleepandream 10-1-2024 02:18 PM
kerajaan taknak ke haramkan rokok... mintak pandangan mufti tak?
Quote drivethru 10-1-2024 09:08 PM
Hotel singapork kat jalan pudu. Penuh dengan bangla servis spark plug.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.142551 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top