CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pu Syed Akhirnya Bersuara Isu Rosyam Nor, Pusat Pelacuran Penyebab Perbuatan Zina Berleluasa

10-1-2024 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5237| Komen: 2




Pendakwah bebas, PU Syed menolak idea aktor handalan, Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan pusat pelacuran perlu ada bagi membendung jenayah rogol membabitkan warga asing di Malaysia.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, saranan itu tidak relevan, apatah lagi dalam konteks negara Islam.

"Saya tak setuju pandangan Rosyam mengenai perlu wujudnya pusat pelacuran bagi menampung keinginan warga asing di Malaysia seperti dinyatakan.

"Pandangan ini tidak selari dengan apa yang agama Islam terapkan, apatah lagi dalam negara Islam.

"Jadi pandangan seperti ini tak sesuai. Di luar negara mereka menganggap golongan terbabit dengan pelacuran adalah kelompok paling rendah martabat," katanya kepada BH Online ketika diminta mengulas saranan Rosyam perlu wujudnya pusat pelacuran untuk pendatang asing.

Tambah PU Syed, pendapat Rosyam yang mengatakan saranan itu boleh mengurangkan dan mengelakkan kes rogol adalah salah.


"Ia boleh berlaku lebih dahsyat lagi sekiranya pusat pelacuran diwujudkan di mana perbuatan zina akan berleluasa.

"Zina antara dosa besar dan balasannya cukup keras bagi mereka yang melakukan zina. Walaupun kita boleh katakan warga asing bukan Islam, tapi ada antaranya beragama Islam.

"Bila cadangan seperti ini diberikan, ia memang tidak bersesuaian. Ia akan merosakkan keturunan dan punca pembunuhan kerana benih dikeluarkan ditumpahkan kepada tempat tidak sepatutnya.

"Sekiranya mengatakan ia boleh mengurangkan kes rogol, ada ulama berkata perkara mudarat tak boleh ditolak dengan mudarat yang sama.

"Kita buat sebegitu seolah-olah nak menghalalkan perzinaan. Itu tidak boleh kerana kedua-duanya mudarat," katanya.

PU Syed berkata, kewujudan pusat pelacuran juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.

"Jadi, kemudaratan ini kena buang, bukanlah nak jemput kemudaratan lebih teruk lagi. Kalau rogol berlaku secara paksaan, tapi perzinaan berlaku secara rela, ia lebih dahsyat, jadi tak boleh ukur kedua-duanya.

"Umat Islam tak sepatutnya mengeluarkan pandangan sedemikian kerana kita hidup berlandaskan hukum," katanya.

Terdahulu, Rosyam menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk 'kemudahan' warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

"Sekarang pendatang asing ada lebih kurang tiga juta yang bekerja di Malaysia. Isteri ditinggalkan.

"Namanya pun lelaki. Kalau tak nak, tak apa, fahamkan maksud saya? Tak keluarkan (hubungan kelamin dengan pasangan), dia nak tonjol kat mana?" katanya.

Rosyam berkata, perkara itu akan menjurus kepada perlakuan jenayah seperti rogol dan sebagainya.

"Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu. Silap-silap, dia rogol anak dara kita. Dia boleh jadi sampai ke tahap itu sebab benda ini bermain dalam fikiran.

"Mereka pun pun duduk di sini, malam-malam tak ada kerja, tengok benda sama juga. Tengok 'porno' juga. Jadi, bila ada rumah pelacuran, sekurang-kurangnya mereka pergi bayar di sana," katanya.

Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 10-1-2024 10:44 AM
hambat balik pendatang asing tu patutnya, ni siap tatang pulak nak bukak brothel bagai. ko dtg negara org, kena ikut peraturan negara tu la.. rosyam ni feeling2 dia Gangubai ke
Quote Kurex 10-1-2024 05:25 PM
satu-satunya pu syed takkan bersuara bila kena dekat batang kote geng sendiri walaupun yg berbatang tu adalah ostad bottom

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.037900 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top