CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alami Sesak Nafas, Lelaki Maut Selepas Buat Terjunan Bungee

9-1-2024 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6815| Komen: 14

Akibat tidak memaklumkan kesihatan diri dan penyakit yang dialami, seorang pelancong Jepun maut selepas melakukan terjunan dari Menara Macau di Perbandaran Macau, China.

Pelancong lelaki berusia 56 tahun itu meninggal dunia hanya beberapa jam kemudian selepas tidak sedarkan diri.


Difahamkan, dia melakukan terjunan dari platform lompat bungee tertinggi di dunia yang berketinggian 232.8 meter (764 kaki) pada Ahad yang mengakibatkan sesak nafas.

Foto: NDTV

Dia dibawa ke Hospital Conde S. Januario untuk rawatan kecemasan tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Di laman web mereka, Skypark oleh AJ Hackett, syarikat yang menjalankan lompat bungee dan tarikan lain di Menara Macau, menasihatkan pelanggan untuk memberitahu kakitangan mereka tentang sebarang masalah kesihatan yang dialami seperti jantung, hipertensi, diabetes dan prosedur pembedahan, sebelum menyertai sebarang aktiviti. 


Sumber: mStar/ NDTV World

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 9-1-2024 01:34 PM
umur dah 56 buat bungee jumping...mmg mengundang
Quote Kitty_catz 9-1-2024 01:45 PM
A-Are replied at 9-1-2024 01:34 PM
umur dah 56 buat bungee jumping...mmg mengundang

kan

meols hat sihat walafiat pun tak berani nak buat bungee jumping tu kaka
Quote Kurex 9-1-2024 02:26 PM
iols takut nak lompat bungee, lain la ada yg memeluk iols dari belakang...
Quote A-Are 9-1-2024 02:40 PM
Kitty_catz replied at 9-1-2024 01:45 PM
kan

meols hat sihat walafiat pun tak berani nak buat bungee jumping tu kaka

da umor 30 ke ats ni roller coster pon da xbernai naik da...tetibe rasa gayat...dulu2 elok je semua i olsl naik berulang kali
Quote imanamsyar 9-1-2024 03:09 PM
teringat song ji hyo (running man) buat bungee jumping dari sini.. berani betul dia..aku duk bangunan 3 tingkat pun gayat..hahahaaa
Quote green~tea 9-1-2024 03:13 PM
Ko ingat ko umur 20 an ke nak buat bungee jumping???


Tak pepasal pendek umur tak sempat cecah 60... insurance pun tak dapek claim noksssss
Quote A-Are 9-1-2024 03:20 PM
Kurex replied at 9-1-2024 02:26 PM
iols takut nak lompat bungee, lain la ada yg memeluk iols dari belakang...

kalau yg tu dia panggil tandem bungee jump...ada je..cuma kena carik partner joinla
Quote Kurex 9-1-2024 03:26 PM
A-Are replied at 9-1-2024 03:20 PM
kalau yg tu dia panggil tandem bungee jump...ada je..cuma kena carik partner joinla

teringin nak buat latihan api dgn abg bomba.. abg bomba ikat kita dekat depan dia sambil turun bangunan
Quote A-Are 9-1-2024 03:30 PM
Kurex replied at 9-1-2024 03:26 PM
teringin nak buat latihan api dgn abg bomba.. abg bomba ikat kita dekat depan dia sambil turun ban ...

demo fire drill yang ni xpernah nampak lagi...jgn macam2
Quote yangsemb 9-1-2024 04:10 PM
Kawan meols dapat slip disc after bungee jump - not immediately, but the after effect
Quote LoveSungmin 9-1-2024 06:54 PM
imanamsyar replied at 9-1-2024 03:09 PM
teringat song ji hyo (running man) buat bungee jumping dari sini.. berani betul dia..aku duk banguna ...

kan?? steady je ji hyo lompat.. yang lelaki semua penakut
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:40 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:40 PM

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.033356 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top