CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shakilla Khoriri Janji Beri Kegembiraan Buat Ameena

8-1-2024 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12108| Komen: 4

Shakilla Khoriri melihat perjalanan dilalui oleh anak perempuannya tidak sama seperti mana kanak-kanak seusianya sejak dia dan bekas suami bercerai.

Mengakui kesilapan lampau yang membawa perubahan kepada Ameena Sofia, 5, Shakilla berjanji akan terus memberi kegembiraan buat anak kesayangannya itu.


Foto: IG

Malah dia juga berani berdepan dengan sebarang dugaan serta cabaran yang dianggap sebagai ‘penyerang hendap’ terhadap Ameena.

"Awak (Ameena) datang membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup Umi. Tapi kesilapan dan kesalahan Umi buatkan awak tergelincir dalam perjalanan.

"Kehidupan awak berubah serta-merta. Tak sama macam kawan-kawan sebaya awak.

"Tempat awak tak pernah jatuh, tak pernah goyah dalam hati dan hidup Umi. Kalau ada ‘penyerang hendap’ yang memburu awak, umi akan akan ada depan awak," katanya.



Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, menulis luahan tersebut di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam perkongsian sama, aktres ini juga berharap anaknya itu akan dapat memahami susah payah yang mereka lalui bersama.

"Awak tak layak untuk rasa semua itu tapi awak layak mendapatkan lebih daripada sepatutnya.

"Satu hari awak akan faham perjalanan yang kita tempuh ini bagaimana dan kenapa.

"Pegang tangan Umi kuat-kuat sebab Umi tak mungkin akan lepas tangan Ameena walau macam mana sekali pun," ujarnya.

Di hujung coretan indah Shakilla buat Ameena, dia juga menjanjikan kebahagiaan buat anaknya itu di sebalik segala kisah duka yang mereka tempuh selama ini.

"Allah anugerahkan awak sebaik-baiknya untuk Umi... seorang pendosa. Tak mungkin umi akan rampas kebahagian awak.

"Umi janji, Umi akan bentangkan sebuah padang yang besar dan cantik untuk awak berlari seorang. Bermain dan berlarilah sepuasnya bila tiba masanya," luahnya.

Kisah Shakilla dan bekas suaminya iaitu, Fizi Ali sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila penyampai radio itu mendakwa tidak dapat lagi berjumpa anak mereka.

Fizi dalam satu kenyataan sebelum ini sedia membawa masalah tersebut ke mahkamah bagi menuntut keadilan supaya hak penjagaan anak dapat diselesaikan secara baik.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Kemudiannya, Fizi mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-1-2024 02:55 PM
apa lah kikilala kokoriri ni merepek... kalau berpisah elok2 okey je budak tu tak macam bola sana-sini... kau pun seboleh2 nak elakkan ex kau amik dia kan..pastu kesian?? aiyooo.. btw masa "outstation" sambil selfie2 dulu tu takde fikir kesian plak kat anak..... propahhhhhhhhhhhhh
Quote MrsKobis 8-1-2024 03:00 PM
Sian la kt anak... Mesti ank pun rindu dedi
Quote shernazz 8-1-2024 05:59 PM
Nape tangan tu kaler lain MCM orang lain pegang je..
Teringat iklan aliff syukri
Quote slyfynx 8-1-2024 09:31 PM
Apekah yang cube nyatakan ni?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.039440 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top