CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Anjoulie Penat Kerja, Nak Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

8-1-2024 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8891| Komen: 18

Zarina Anjoulie seakan memberi bayangan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey apabila memaklumkan enggan bekerja lagi sebaik bergelar isteri.

Kata pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu, dia sudah penat mengerah keringat mencari rezeki dan hanya mahu menjaga makan minum suami tanpa memikirkan soal lain.


Foto: IG

“Okay papa (Khazrul), saya dah buat keputusan. Saya nekad untuk tidak bekerja lagi, saya hanya mahu jadi suri rumah sepenuh masa.

“Saya dah penat, saya mahu pencen, malas mahu kerja, biar awak sahaja yang tanggung saya.

“Jadi kerja saya lepas ni hanya jaga dan masak untuk awak, saya mahu rileks daripada terus bekerja, kasi hati awak senang, abadikan diri saya untuk awak” ujarnya menerusi sebuah hantaran dalam Instagram.

Tumpang gembira dengan celoteh mesra Zarina dan Khazrul, ramai netizen meneka Zarina atau mesra disapa Anju itu sudah berkahwin, namun perkara itu ditepis sekelompok peminat lain.


Pasangan terbabit dikatakan belum menghalalkan hubungan mereka tetapi dilihat sudah bersedia ke arah itu sehingga ramai mendoakan segera ke jinjang pelamin.

“Bahagia tengok Anju tersenyum, nampak ikhlas sangat hubungan mereka berdua, cepat kahwin! Benda baik jangan lengahkan,” komen seorang netizen.

“Comel lah kalian berdua ni, ke sebenarnya dah kahwin? Nampak bahagia lain macam seperti orang dah kahwin, moga ada sinar buat kalian berdua,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

Terdahulu, Anju dan Khazrul melangsungkan pertunangan pada 26 Januari tahun lalu, namun hubungan mereka berakhir sebulan kemudian.

Retak di tengah jalan, Khazrul pernah mendedahkan dirinya bukan lelaki terbaik buat Anju dan mereka juga saling berbalas kenyataan dalam media sosial tentang masalah yang berlaku sebelum ini

Tiada angin tiada ribut, mereka berdua kemudian dikatakan kembali berbaik dan kelihatan mesra malah mengakui saling merindu.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 8-1-2024 09:47 AM
okaaaaayyyy kak bye
Quote nolya 8-1-2024 10:52 AM
Enak sungguh laksa Kedah, berulam dgn daun selum
Bertunang sudah, bermesra pun sudah, Kok nikahnya masih belum?
Quote menjad 8-1-2024 11:25 AM
harap termakbul niat nak ke jinjang pelamin...
harap pelamin tak roboh lagi...
pastuh bertekak di socmed
Quote cik_ingeniare 8-1-2024 11:57 AM
ok.. dah boleh perlahan-lahan kurangkan muncul dengan gosip yaa
Quote belilies 8-1-2024 12:01 PM
Jijik betullah rupa laki ni. Dahlah mulut cam longkang. Padan dedua
Quote missyL 8-1-2024 05:29 PM
Ko keje ape  je noks yg penat Sgt tu
Quote selipar_hijau 8-1-2024 08:42 PM
Jangan bercekau lagi dah la
Quote sharlenetexas 8-1-2024 08:50 PM
Pagar dah siap ke belum?


Quote sleepandream 8-1-2024 09:55 PM
oh x kawen lagi ke
Quote AkokKocik 8-1-2024 10:07 PM
Zaman skrg ni klu istri jd surirumah, nanti kena kecam netizen...sampai bila nk harap duit suami...gituuu.
Quote kalchi 8-1-2024 10:08 PM
Oo mcm datin intan najuwa ? Bole je tapi i nampak laki ni jenis gatal. Bukan jenis lurus mcm suami intan tu. Jadi Anju masak camana pun I tak nampak dia akan setia.
Quote royaldanish 8-1-2024 10:20 PM
tak nampak pula dia keja apa… sampat penat sangat, masih gak duduk dgn mak kan?
Quote Carcosa 8-1-2024 11:03 PM
"hati awak senang, abadikan diri saya"

Abadikan ke, ABDI kan? Ko kan jenis beria. Kang Ujung2 ceraiiiii. Tu jelah kerje ko
Quote hyie 9-1-2024 06:24 AM
kurang berserilah porem nanti. Harapkan kakKM je lah pasni tiber
Quote MadameOnion 9-1-2024 03:18 PM
anju ni elok je dapat tangkap org tua miang tapi kaya..kesian sikit kat kawan yg weng keja kerani pejabat lawyer tu
Quote vanillaninja 10-1-2024 08:54 AM
Chuols, si Khazrul ni ada anak yang masih sekolah ke? Sape tau?
Quote black_handbag 10-1-2024 01:58 PM
dah kawin ke belum dua ekor ni. tgk dlm ig tu dok bergesel kemahen dua2 ekor.

tlgla kawin menyemak la
Quote Burong_Hantuk 10-1-2024 02:05 PM
still mendadih kah???tanya jer

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.041789 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top