CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Belum Berubah, Tom Pertahan Fuad Lelaki Baik Dan Bertanggungjawab

8-1-2024 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7183| Komen: 5

Nampaknya kebahagiaan dikecapi pasangan Tom dan Fuad Rahman tidak disenangi segelintir pihak sehingga tergamak menuduh penyanyi kelahiran Singapura itu masih belum berubah.

Tampil mempertahankan suami tercinta, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkata, sepanjang berkahwin dia dapat melihat banyak perubahan dalam diri Fuad bukan sahaja sebagai lelaki tetapi suami dan bapa.


Disebabkan itu, Tom tidak peduli jika ada menganggap dia sudah membuat pilihan salah apabila memutuskan berkahwin dengan Fuad.


Foto: IG

"Biarlah orang nak menilai abang tak akan dapat berubah, pilihan abang buat Tom jadi isteri tak sesuai dan abang tak akan berubah bila dengan Tom.

"Yang penting tom tahu abang kuat. Abang dah berubah. Abang suami yang baik, bapa yang baik.

"Orang luar tahu bercakap, Tom yang serumah dengan abang. Tom tahu abang dah berubah," katanya.


Tom berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad dengan memaparkan foto suaminya sedang menunaikan solat.

Malah dalam hantaran tersebut, Tom turut berkongsi beberapa komen negatif melibatkan suaminya.

Dalam pada itu, Tom mengakui dia bersimpati dengan suaminya yang sering mangsa kritikan dan hukuman netizen.

Namun dia berharap suaminya terus kuat dan bersabar dengan setiap ujian yang mendatang.

"Kasihan kadang-kadang tengok abang. Orang asyik judge abang. Sedangkan dia orang tak tahu Abang orang yang paling baik dan bertanggungjawab Tom pernah jumpa.

"Harap suami Tom banyak bersabar. Tom tahu abang kuat," luahnya lagi.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 8-1-2024 09:40 AM
Sbb tu masa mudah jangan nakal,conteng sana sini kat badan.bila tibe masa berubah org tak percaya
Quote I.K.A888990 8-1-2024 09:48 AM
eloklah kalau dah berubah
Quote dewi_rina 8-1-2024 11:00 AM
Edited by dewi_rina at 8-1-2024 03:02 AM

Memang nak kena ada citer dua ekor ni ke.. Oh btw tom, fuad tu masa dia datang gv tu elok je.. Nampak dia macam elok, nak berubah kan.. Tengok masa minggu pengenalan masih ada lagi bini dia support kat kerusi penonton tu.. Minggu 2 bini dia takde dah datang, then minggu 2 tu yg korang start menggatal kan.. Takpe lah, gudluck ye! Iols nak pesan, jangan takut dgn bayang2 sendiri.. Lepas dgn tom mmg nampak dia lupa yg dia nak berubah kearah lebih baik, sbb dah jumpa yg sama dgn dia..
Quote menjad 8-1-2024 11:22 AM
mendadih lagi ker...bertabah lah tom
Quote pearl.silver 8-1-2024 11:51 AM
Tom xberanak lg ke

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.041321 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top