Konsert Liza Hanim 27 Years Journey akan berlangsung pada bulan Febuari nanti di Zepp Kuala Lumpur. Memetik Kosmo, ini merupakan tawaran penjualan tiket konsert secara hutang iaitu ‘beli dahulu, bayar kemudian’ Rasanya ini baru pertama kali Diva tengok ada tawaran penjualan tiket konsert secara hutang. Kiranya konsep ‘beli dahulu, bayar kemudian’. Siap ada ansuran boleh bayar bulan-bulan macam beli barangan perabot dalam lama jualan online Jujur ini pertama kali Diva lihat ada bayaran ansuran untuk membeli tiket konsert. Nak kata mahal sangat harga tiket konser Liza Hanim 27 Years Journey, tidaklah terlalu ‘cekik darah’. Paling murah RM189 yang boleh dibayar ansuran selama tiga bulan serendah RM68. Tiket paling mahal pula RM8,000 dengan ansuran tiga kali pembayaran serendah RM2,854 sebulan. Wah! Terfikir juga kenapa ditawarkan ansuran bulanan? Mungkin sebab nak lariskan tiket barangkali.
Dengar juga, tinggal kurang lebih sebulan sahaja lagi tarikh konsert akan diadakan. Namun, tiket yang berjaya dijual masih belum mencapai sasaran. Untuk info, Antara lagu-lagu terkenal Liza Hanim seperti "Siapa Sangka Siapa Menduga", "Andainya Aku Bersuara", "Gelisah Mimpi", "Ku Teruskan" dan "Merawat Luka Terpendam". |
ezacbee replied at 7-1-2024 10:44 AM
Tiket kurang laku kot.. x sanggup lak nak berhutang demi konsert.
slyfynx replied at 7-1-2024 11:15 AM
Mmg ade eh yang sanggup bayar 8000 utk tgk konsert?
animefan replied at 7-1-2024 12:11 PM
Rm8k??? ke rm800
slyfynx replied at 7-1-2024 11:15 AM
Mmg ade eh yang sanggup bayar 8000 utk tgk konsert?
noor2 replied at 7-1-2024 10:46 AM
Sapa je yg minat suara dia ni...suara dia x de umph...tak power mana ..
stingergrumpy replied at 7-1-2024 10:47 AM
Keta myvi 3rd 4th hand down-payment 2k lebih boleh dapat ler.....ko pun bukan first hand ...lebih ba ...
ADVERTISEMENT