CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fara Fauzana Menangis- Nak Cinta, Tak Perlu Duit

5-1-2024 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29782| Komen: 169

Memahami situasi Fara Fauzana yang sehingga kini masih belum bertemu jodoh, peminat meluahkan rasa sebak melihat penyampai radio itu kelihatan sedih ketika diajukan soalan diminta memilih sama ada cinta atau duit.


Dalam rakaman video tular itu, Fara atau Fara Fauzana Mohd Fadzil, 44, memilih cinta berbanding wang ringgit dan dilihat tidak mampu menahan air mata.


Foto: IG

"Kalau awak tanya saya, saya tidak akan pilih duit. Saya akan pilih cinta," katanya.

Rakaman video tersebut dimuat naik di aplikasi X (Twitter) Hot FM pada Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih selepas menonton video berkenaan.

"Ya, kadang-kadang perempuan perlukan cinta lebih duit. Duit boleh cari dimana-mana.

"Kalau nak banding fasal duit, Kak Fafau (Fara) sudah tidak perlu risau. Dia sekarang hanya perlu teman hidup.


"Dia (Fara) sudah ada apa yang dia mahu kecuali cinta. Kadang bila tidak ada peneman di sisi, kita akan rasa sangat sunyi," kata mereka.

Malah, ada juga di antara mereka mendoakan supaya Fara segera bertemu dengan lelaki idamannya suatu hari nanti.

"Allah, semoga baik-baik sahaja untuk kamu (Fara).

"Fahamnya sebab keadaan kita sama. Di satu sudut rasa macam sudah putus asa. Moga kita berjumpa jodoh yang terbaik Fafau.

"Saya cuma berharap supaya dia berbahagia. Stay strong sis," ujarnya.

Pada September 2016, Fara mengumumkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz.

Bagaimanapun, majlis tersebut tidak kesampaian dan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsikan kepada umum.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 5-1-2024 01:42 PM
dimanakah mohamad hafiz tu dulu? kenapa xjadi dgn fafau ni ek
Quote cap_ayam 5-1-2024 01:48 PM
Duit dah banyak
Quote msdummy.2018 5-1-2024 02:06 PM
Org duit banyak boleh lah ckp mcm tuh
Quote msdummy.2018 5-1-2024 02:07 PM
Org duit banyak boleh lah ckp mcm tuh
Quote lilacomot 5-1-2024 02:17 PM
bkn senang nk jumpe soulmate
Quote winky1 5-1-2024 02:17 PM
Duit tak boleh cari dimana mana . Ada yg Allah tak bagi sebagai ujian. Ujian Allah kepada manusia berbeza. Sebenarnya jodoh tak sampai lagi atau jodoh tak ada didunia. Yang berjodoh pun tak semua bahagia. Allah tak bagi sesuatu sbb itu terbaik utk kita.
Quote ayang79 5-1-2024 02:37 PM
bila dia sampai satu tahap... dia redha jika xberjumpa pasangan hidup... masa tu dia akan lebih tenang... relex...enjoy the life
Quote pembacagosip 5-1-2024 02:37 PM
airmineral replied at 5-1-2024 01:42 PM
dimanakah mohamad hafiz tu dulu? kenapa xjadi dgn fafau ni ek

ye aku pun tertanya tanya ni
Quote Yoonggi 5-1-2024 02:45 PM
utk yg berduit byk, mgkn boleh pilih cinta. utk yg biasa2 mcm aku, mak aku salu ckp, ko xleh hidup dgn cinta je, bkn boleh bg ko mkn, kena ada duit gak
Quote azwanaliori 5-1-2024 02:47 PM
Sian.. X laku ker
Quote I.K.A888990 5-1-2024 02:47 PM
baru 44 eh acik ni
Quote msdummy.2018 5-1-2024 02:52 PM
Yoonggi replied at 5-1-2024 02:45 PM
utk yg berduit byk, mgkn boleh pilih cinta. utk yg biasa2 mcm aku, mak aku salu ckp, ko xleh hidup d ...

Bwtul tuh..bersyukur jeelah sb ko xperlu nk membanting tulang buat kerja mcm2 nk tmbh pndptn diri...

Kang dpt2 laki membewak pun xguna gak, skt ht jer lagi. Hakikatnya kat dunia ni yg dh kawin tuh bnyk menipu jerrr...walhal ada gak rasa tersakiti..bezanya xbgtau jerrr..ko tgk yana tuh memanjang post gmbar bahagia..hjg2 ckp tok laki xpujuk...hahahha..siannnn
Quote tompie 5-1-2024 02:53 PM
Pelik gak... ramai je jantan2 biawak kat luar tu tengah tunggu.
Dia memilih sangat kot, ke dia traumatise hubungan lampau?
Quote nuralisa 5-1-2024 02:54 PM
airmineral replied at 5-1-2024 01:42 PM
dimanakah mohamad hafiz tu dulu? kenapa xjadi dgn fafau ni ek

bila baca2 komen, ada yg kata hafiz tu rupanya laki org..
Quote Imkhai 5-1-2024 02:59 PM
Dia ni klau jg personaliti imej bnyk org nk dekat ikotkn ni rupa mcm anak lima selekeh je tgk nk kata tak brduit duit dh bnyk contoh ratu tgk dia mcm mn cntik je dh nk 50 dh umur
Quote mawarputih2612 5-1-2024 03:01 PM
Edited by mawarputih2612 at 5-1-2024 03:03 PM
Imkhai replied at 5-1-2024 02:59 PM
Dia ni klau jg personaliti imej bnyk org nk dekat ikotkn ni rupa mcm anak lima selekeh je tgk nk kat ...

aku google dia umur lahir 1980, lebih berganda muda dari makcik erra.
ingatkan dia dekat 50 dah, muda lagi rupanya.
mudahan ditemukan jodoh untuknya.
personaliti dh ok dah
Quote Pak.dolla 5-1-2024 03:06 PM
.
.
.
bagus jg dia ni x desperate pong mcm kwn dia yg sorg tu...gigih rampas bf org....tp nasib baik sekufu dr segi perangai poyo dan narsis tu....jodoh x salah alamat
Quote Imkhai 5-1-2024 03:12 PM
mawarputih2612 replied at 5-1-2024 03:01 PM
aku google dia umur lahir 1980, lebih berganda muda dari makcik erra.
ingatkan dia dekat 50 dah, mu ...

44 dia muda lg klau trtkr umur dgn ratu org percaya je dia dh 50 haha
Quote Lavender_Violet 5-1-2024 04:05 PM
Imkhai replied at 5-1-2024 02:59 PM
Dia ni klau jg personaliti imej bnyk org nk dekat ikotkn ni rupa mcm anak lima selekeh je tgk nk kat ...

Tu lah...tah hapa kena dgn sheols ni, selekeh amat
Tengok pic dia pakai tudung hitam bunga2 tu
Astaga....mcm bibik Indon dah rupanya

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.118055 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top