CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Sayu Anak Dah Nak ' Start' Sekolah

30-12-2023 04:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 41716| Komen: 45

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa sedih kerana anaknya iaitu Seth Uwais bakal menjalani sesi persekolahan tidak lama lagi.


Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), kelihatan Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah merakam momen anak lelakinya itu sedang menikmati makanan.


Pelatun lagu Patah Seribu ini kemudian berasa sebak apabila mengenangkan Seth akan ke sekolah selain turut menitipkan doa agar anaknya menjadi seorang insan yang berguna. 


"Ada budak nak mula sekolah dah. Macam sayu hati mama. Sebelum ni ajar dia dekat rumah je, dah pandai baca semua, Alhamdulillah.


"Semoga Seth jadi anak yang baik, anak soleh mama dan papa," katanya.


Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.


Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan bercerai pada Februari 2022.


Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia empat tahun.


Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 30-12-2023 08:12 PM
Alahai Shila, anak kian besar, sudah mula nak melangkah ke alam pembelajaran dn meuntut ilmu, kenapalah pulak nak rasa sedih. Umur 4thn pun bukan sekolah betul kan, takat sekolah tadika, hanya belajar awalan kenal huruf dn mewarna. Seharusnya Shila excited, boleh terus ajar anak membaca di rumah, ajar BI, simple matematik, mewarna dn mcm2 lagilah. Yg itu, tentu Shila boleh buat kan? Or tak nak masukkan anak ke sekolah cina ke?
Quote anony-mous 30-12-2023 09:33 PM
nolya replied at 30-12-2023 08:12 PM
Alahai Shila, anak kian besar, sudah mula nak melangkah ke alam pembelajaran dn meuntut ilmu, kenapa ...

La nk masuk sekolah 4thn ke? Dia punya sedih ingatkan next year 7thn. Klau sedih kepit je la kt rumah tggu 5thn. Ank dia sebjik betul ex husband
Quote nolya 30-12-2023 11:32 PM
anony-mous replied at 30-12-2023 09:33 PM
La nk masuk sekolah 4thn ke? Dia punya sedih ingatkan next year 7thn. Klau sedih kepit je la kt ru ...

OK je kalau anak seumur 4thn dihantar ke sekolah tadika. Sekurang2nya anak dpt pendedahan bersosial, berteman, berinteraksi dgn kawan2 sebaya sambil itu blj mengenal huruf2 ABC atau alif-ba-ta, blj nulis dn mewarna. Kanak2 zmn ini untung kerana pada usia dini sudah disemangati untuk bersekolah dn didedahkan dgn ilmu membaca, blj bahasa asing esp BI. Mana2 anak yg bersekolah cina akan menempah masa depan yg lebih cerah untuk mengait peluang dlm bidang bisnis, di samping tidak pula mengetepikan BM dn BI. Juga jgn ditinggalkan sek. agama.  Sekurang2nya itulah pelegkap menerapkan asas ilmu yg patut ditelursuri oleh anak2 sbg persediaan ke gedung2 ilmu selanjutnya.
Ibu adalah guru di rumah.  Ibu kena rajin dn harus ada minat untuk mengajar anak nulis dan membaca. Bgi ibu2 yg boleh berBI, cakaplah sepatah dua kata2 BI dgn anak dn membaca bersama2. Buku 'Peter n Jane' sangat efektif. Ajar juga anak2  nursery rhyme: Ba ba black sheep, Jack n Jill, Humpty Dumpty, Little Bo-peep, etc. Lagu2 nasyid Raihan pun sangat baik dinyanyikan bersama2 dgn anak2. Untuk ilmu matematik, yg ini ada cabaran buat ibu2 kerana ibu2 sendiri juga kena buat 'homework'. Boleh refer kpd Dr. Maths di google atau di Pinterest, ada tips yg sangat menarik/interesting tips nak selesaikan kira2 dn equations.

Insya Allah, bila ibu rajin berdampingan dgn anak2 waktu makan, belajar dn solat, the bonding will grip  the love shall tight.
Quote MissDiane 30-12-2023 11:48 PM
nolya replied at 30-12-2023 11:32 PM
OK je kalau anak seumur 4thn dihantar ke sekolah tadika. Sekurang2nya anak dpt pendedahan bersosia ...

Setuju sangat dengan you sis. Me as a mom, banyak I dapat belajar from your input here. Thanks for the sharing sis.

Hopefully, sha boleh ajar anak dia dengan semangat tinggi. Pendidikan awal sebenarnya bermula dari rumah lagi especially New young parents kena mainkan peranan masing-masing.
Quote dagusengett 31-12-2023 12:19 AM
Ex sominya totally out of the picture or depa co-parenting?
Quote nolya 31-12-2023 01:04 AM
Edited by nolya at 31-12-2023 01:07 AM
MissDiane replied at 30-12-2023 11:48 PM
Setuju sangat dengan you sis. Me as a mom, banyak I dapat belajar from your input here. Thanks for ...

Saya mengimbau kembali zmn saya membesarkan anak  dn meletakkan harapan tinggi agar anak berjaya. Saya banyak beli buku2 vocab, ABC bergambar, juga perkenal2 satu persatu perkataan2 Iggeris spt: get up, wear ur shoes, go to sleep, no, ets. n perkenalan membaca BI ialah mll buku Ladybird "Peter n Jane". Buku ini ada beberapa level. Matematik (I love Maths), saya ajar sendiri kpd anak n I make the effort to find tips the easy way for the children to learn maths. I google n jumpa Dr.Maths. N also, during last term school holiday, I ajar anak latih tubi sub matematik sightly advance before the next year silibus. Maksud saya, sebelum dia naik kelas 3 misalnya, waktu cuti sekolah akhir thn, saya belikan buku latihan thn 3 dan blj duluan di rumah. Of course, emak2 ni kena taulah juga formula matematik baru boleh ajar anak kan n it shall start for mothers to understand the BODMAS. N I will always find that mathematic is very interesting esp solving the problems.  Otak akan ligat berfikir, cari cara begitu-begini nak dptkan jawapan, sptnya otak diajak bekerja dn befikir semaksimal. Bila dpt jawapan, fuh, rasa puas. Cuma I tak pandai dgn Add Maths n Science. For SPM, anak kenalah ambik tuisyen for these 2 subjs.

Quote jejaka_hensem 31-12-2023 01:23 AM
Mak2 memang camtu,kan?
Anak pergi sekolah,mak kat rumah menangis rindu anak sebab tak pernah berpisah,kan?
Pastu risau anak xde kawan la,tak makan la apa sume tu
Pastu mulalah spam gambar anak kecik2 dulu dlm group.pastu sambung nangis lagi
Sejam sebelum anak balik,dah tunggu depan sekolah
Quote Wek_omeh2 31-12-2023 01:31 AM
Anak shila ni speech delay kan,ok lah dia hantar awal supaya kemahiran social tu makin banyak.
Quote dua_chzy 31-12-2023 02:10 AM
Comel anak sheol. Semoga membesar jadik anak yang baik, manusia yang berguna. Jangan jadi babi tonyok macam Stinky ngok ngok porom Cari tuh.
Quote anony-mous 31-12-2023 03:25 AM
Edited by anony-mous at 31-12-2023 03:30 AM
nolya replied at 30-12-2023 11:32 PM
OK je kalau anak seumur 4thn dihantar ke sekolah tadika. Sekurang2nya anak dpt pendedahan bersosia ...


Pnjang nya uols tulis ank i pon start sekolah umo 4 thn tp xde meratib mcm silalat ni i siap excited lg nk dia pegi sekolah boleh berkawan. Bab belajar no 2 at that age. Lg prefer dia belajar social skills.  dan ok je if xnk sekolah lg. 5 thn start pon ok.

5thn i jd cikgu dia,, beli buku mari membaca tu, tup2 dah membaca. Beli buku math tambah tolak, dah boleh buat mengira tmbh tolak. Tolak je dia slow skit. English ajar slow2 sbb xnk dia confuse. Tgh fikir patut x i ajar dia sdri mandarin
Quote ashilalat 31-12-2023 06:08 AM
Over lah kau shilalat..kalau x nak anak skolah, upah la pengajar kat umah. Kata duit banyak. Jual banglo.
Quote wikedsaikel 31-12-2023 07:12 AM
Shahila ni cantik. Tapi jenapa dia suka pakai tudung nacam tu? Tak konfiden ke?
Quote wikedsaikel 31-12-2023 07:13 AM
nolya replied at 30-12-2023 11:32 PM
OK je kalau anak seumur 4thn dihantar ke sekolah tadika. Sekurang2nya anak dpt pendedahan bersosia ...

Aku setuju dengan ni. Kalau tak asik nak berkepit dengan kita. Biar dia belajar campur orang. Belajar give and take.
Quote kalchi 31-12-2023 08:17 AM
Hensem anak dia
Quote tombolpintu 31-12-2023 08:21 AM
Aku pun sedih anak nak masuk sekolah...sbb yuran pre school mahai hhahahaha....tp dah tanggungjawab mak bapak kan...nak berebut masuk yg goverment punya pun banyak syarat2 nya...dgn list panjang lagi
Quote stingergrumpy 31-12-2023 10:38 AM
nolya replied at 31-12-2023 01:04 AM
Saya mengimbau kembali zmn saya membesarkan anak  dn meletakkan harapan tinggi agar anak berjaya. S ...

But of course...

[youtube]pHEwuZaeriU?si=yGkOUg6LzbJuOgr-[/youtube]

Kahkahkahkah
Quote stingergrumpy 31-12-2023 10:43 AM
anony-mous replied at 30-12-2023 09:33 PM
La nk masuk sekolah 4thn ke? Dia punya sedih ingatkan next year 7thn. Klau sedih kepit je la kt ru ...

Aku masuk darjah satu pun pada umur 9 tahun....tapi ambik upsr sama tahun dgn my cohort yg masuk darjah satu pada usia 7 tahun...

Besaler murid teladan...lompat darjah dua kali.....

Ko ghaser?
Quote missHaidiD 31-12-2023 10:51 AM
Mak2 mmg gitew cuols.

Tiber je akan rasa sayu anak da besar
Quote stingergrumpy 31-12-2023 10:52 AM
kalchi replied at 31-12-2023 08:17 AM
Hensem anak dia

Dan Bertelinga 'gajah' besar.....org tua tua kata org yg bertelinga besar laksana gajah....panjang usianyer..

Wallahhuaklam.....

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052288 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top