CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Ke Kedai, Balik Keluarga Dah Terbunuh "Bawalah Biskut Ini Ke Syurga Anakku"

29-12-2023 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40285| Komen: 17

PETALING JAYA – “Ambillah biskut ini anakku, bawalah bersamamu ke syurga,” demikian tangisan seorang bapa dari Palestin terhadap anak lelakinya yang terbunuh selepas serangan peluru berpandu rejim Zionis Israel.


Menerusi video dimuat naik seorang jurugambar dari Gaza dikenali sebagai Belal Khaled, memaparkan lelaki tersebut menangis dan memberikan biskut ke tangan anaknya yang mana jasad kanak-kanak itu telah kaku berbungkus kain kafan.

Pada hantaran tersebut, Belal menceritakan lelaki itu pada mulanya keluar membeli biskut untuk anaknya, namun sebaik pulang ke rumah, dia mendapati keluarganya terbunuh.




“Seorang bapa keluar untuk membeli biskut kepada anak lelakinya. Apabila dia pulang, dia mendapati anak dan isteri terbunuh kerana serangan peluru berpandu Israel ke atas rumah mereka,” katanya.

Ia sekali gus meruntun jiwa pengguna media sosial yang bersedih atas ujian bapa tersebut selain penduduk Palestin yang dibunuh beramai-ramai oleh rejim Zionis Israel.


“Ini adalah satu video paling merobek hati untuk ditonton. Saya tak boleh bayangkan kesakitan bapa ini dan saya tak percaya apa-apa di dunia ini mampu menarik kesakitan itu pergi. Perkara ini perlu dihentikan. Tiada lagi kanak-kanak dibunuh dan tiada lagi bapa yang sengsara bayi mereka terbunuh. Saya memang takkan faham mereka yang membenarkan ini diteruskan,” komen Shaneel Lal.



“Ini mesti dihentikan, tiada ibu bapa perlu berdepan seperti ini. Doa saya kepada semua orang yang sedang sengsara di Gaza,” kata Patrick Mulligan.

“Berat sungguh menonton video ini. Minta maaf atas apa yang terjadi kepada anda dan seluruh rakyat Palestin. Ia sangat merobek hati,” ujar Asclepien. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 29-12-2023 04:34 PM
Sedih tgk video niii
Quote Decaffeinated 29-12-2023 04:53 PM
Sekian wartawan cari melaporkan dari Petaling Jaya, Palestine.


Quote kelapaparut 29-12-2023 04:57 PM
Decaffeinated replied at 29-12-2023 04:53 PM
Sekian wartawan cari melaporkan dari Petaling Jaya, Palestine.

Palestinian Jaya..wartawan punn
Quote pooh~key 29-12-2023 05:04 PM
Akak gelak jah dari kejauhan sri hartamas, palestin, sisssyyyyy….
Quote edayildiz 29-12-2023 05:21 PM
i ingt bapak dia bkk kdai kt pj..
btw sedih sgt..brt betul dugaan mereka ni
Quote grouper 29-12-2023 05:29 PM
Video reem soul of my soul lagi sedih...tapi semua sama je bdk2 yg meninggal...teroris Israel mmg lahanat
Quote _blackbird 29-12-2023 05:33 PM
Gelojoh aku klik to open igt fam palestine menetap kat pj kena assassin dengan yisroel semasa pi beli biskut kat jaya grocer. Ermmmmm
Quote Tinot7 29-12-2023 05:37 PM
grouper replied at 29-12-2023 05:29 PM
Video reem soul of my soul lagi sedih...tapi semua sama je bdk2 yg meninggal...teroris Israel mmg la ...

Iols rasa byk bideo2 yg berkaitan anak2 deme terbunuh menyayat hati..

Ye la.. dah deme sumer baya2 anak2 buah iols.. mmg teringat2 la..
Quote Piramida 29-12-2023 06:27 PM
Decaffeinated replied at 29-12-2023 04:53 PM
Sekian wartawan cari melaporkan dari Petaling Jaya, Palestine.

Ya.. Confused sbb ai tengok Petaling Jaya.. Tu yg laju2 baca.. Adoiii laa.
Quote shida81 29-12-2023 07:02 PM
Decaffeinated replied at 29-12-2023 04:53 PM
Sekian wartawan cari melaporkan dari Petaling Jaya, Palestine.

Ak baru nk ckp.. Knp Pj... Ak igt kot la Pakistan mana yg ank dia accident x sempat mkn biskut yg dia beli...
Quote gideoncross 2-1-2024 11:55 AM
Ni msti anak nakkan biskut tpi x ksampaian, adoi
Quote seri_mawr 2-1-2024 12:31 PM
sedihnya.....

tapi wartawan cari kot ya pun...nama tempat bg le betul...
kot ya pun u tulis berita ni dari Petaling Jaya....sumber tempat berita tu biar le betul....huhuhu
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:15 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:15 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 06:55 PM

Quote boo00 23-10-2024 03:43 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.111574 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top