Ryan Bakery menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama yang menjadi idaman isterinya sebagai tanda menghargai pengorbanan wanita itu yang sedang hamil anak pertama mereka. Ryan atau Muhammad Ryan Fahmy Bakery, 28, berkata, isterinya iaitu Elyia Ibrahim juga sudah banyak berkorban malah setia melalui fasa susah dan senang bersamanya sebelum ini.
Walaupun hadiah diberikan tidak seberapa berbanding pengorbanan dilakukan namun dia sudah lama berhajat menghadiahkan beg tangan tersebut kepada Elyia. "Isteri dah tengok beg itu banyak kali dan saya beli tanpa pengetahuannya. Inilah hadiah buat isteri. Pernah juga dia minta barang kemas sebab mengidam tapi saya minta doakan satu hari nanti saya mampu membelinya. "Sepanjang kehamilan Alhamdulillah isteri tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma pada awalnya sahaja dia ada mengidam teh hijau yang susah nak cari," katanya kepada mStar.
Bakal bergelar bapa pada awal Januari ini, Ryan meluahkan kebimbangan tidak dapat meluangkan masa berkualiti bersama isteri dan anak mereka nanti disebabkan jadualnya yang padat. Disebabkan itu juga, Ryan meminta syarikat pengurusannya menyusun jadual kerjanya dengan lebih teliti agar mempunyai lebih banyak masa menjaga isteri dan bayi dalam pantang nanti. "Ada beberapa tawaran kerja yang sudah disusun sejak awal dan bimbang juga kalau terlalu sibuk dengan tugas di luar sampai tak sempat tengok anak membesar. "Jadi bagi mengelak perkara itu, syarikat pengurusan sudah susun jadual saya dengan lebih baik sebab mahu luangkan lebih banyak masa bersama isteri dan anak nanti. "Perasaan sekarang bercampur gembira dan berdebar. Apatah lagi ini anak pertama dan banyak perkara perlu difikirkan," jelasnya. Dedah Ryan, dia dan isteri bakal menimang cahaya mata lelaki. Sementara itu, Ryan meluahkan rasa syukur dan bertuah kerana ramai dalam kalangan pengikut di media sosial tidak kedekut ilmu berkongsi tip penjagaan bayi. "Persiapan barang-barang keperluan sudah lengkap dan saya berterima kasih sebab ramai berkongsi nasihat dan tip keibubapaan kepada kami berdua. "Fokus sekarang adalah persiapan mental sebelum bergelar bapa. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan," ujarnya. Untuk rekod Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022. -CARI Sumber: mStar
|
bebulu replied at 29-12-2023 02:51 PM
Mula2 aku nampak/tengok video content Ryan Bakery ni, aku ingat Ryan ni jual roti,kek macam tu sebab ...
bebulu replied at 29-12-2023 02:51 PM
Mula2 aku nampak/tengok video content Ryan Bakery ni, aku ingat Ryan ni jual roti,kek macam tu sebab ...
bebulu replied at 29-12-2023 02:51 PM
Mula2 aku nampak/tengok video content Ryan Bakery ni, aku ingat Ryan ni jual roti,kek macam tu sebab ...
bebulu replied at 29-12-2023 02:51 PM
Mula2 aku nampak/tengok video content Ryan Bakery ni, aku ingat Ryan ni jual roti,kek macam tu sebab ...
Aneem replied at 30-12-2023 11:12 AM
Dari beli beg kan baik belikan brg kemas.
Sbb bini kau berangan kan salah satu brg.
Beg boleh gadai ...
she replied at 30-12-2023 05:02 PM
Macik takde masalah dengan Ryan ni
Tapi macam tak berkenan dengan bahasa bini dia
ADVERTISEMENT