Sedang berdepan masalah kesihatan, penyanyi Hasnol kecewa apabila timbul cerita mengatakan dia sudah meninggal dunia. Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 53, berkata, penyebaran berita tidak benar itu memberi kesan kepadanya apatah lagi ketika ini masih menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akibat jangkitan kuman dalam darah.
"Saya dalam wad isolasi dan tidak boleh berjumpa orang. Apabila timbul cerita sebegitu memang kecewa dan sedih sehingga terfikir adakah saya betul-betul sudah mati dalam wad ini. "Rakan-rakan terdekat ada telefon tanya khabar dan bila dapat bercakap sendiri dengan saya mereka lega. "Ada juga cadangkan saya ambil tindakan namun bagi saya penyebaran berita tidak benar itu akan memakan diri mereka yang memulakannya... jadi saya biarkan saja," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Hasnol dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Isnin lalu selepas seminggu mengalami demam berpanjangan. Selain jangkitan kuman, doktor turut memaklumkan buah pinggang dan hatinya dalam keadaan kurang baik. Penyanyi era 90-an itu akan terus berada dalam pemantauan sehingga keadaannya betul-betul stabil sebelum dibenarkan pulang ke rumah. "Syukur selepas beberapa hari menerima rawatan keadaan buah pinggang dan hati semakin baik. Sekarang ini saya masih dalam rawatan dan pemantauan. "Doktor juga mahu mengetahui sejarah perjalanan saya sebelum ini bagi mengesan punca sebenar jangkitan. "Saya masih lagi lemah dan kerap demam disebabkan jangkitan kuman namun doktor memaklumkan saya bukan pembawa virus," jelasnya. Hasnol sebelum ini terpaksa menghubungi ambulans sendiri untuk membawanya ke hospital kerana dia tinggal bersendirian. Tambah penyanyi ini musibah yang menimpa juga membuatkan dia sedar betapa penting hidup berpasangan. "Saya cuba tunjukkan mampu uruskan diri sendiri. Tetapi dalam keadaan ini membuatkan saya sedar sebenarnya tidak boleh. "Kita tidak boleh hidup sendiri kerana pasanganlah yang akan menjaga kita untuk terus hidup," jelasnya. Pada 6 Oktober tahun lalu, Hasnol melafazkan talak satu terhadap isterinya, Marina Mohin di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Bangi selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Haneesa Maisara yang kini berusia 12 tahun. Sementara itu Hasnol juga memiliki tiga orang cahaya mata lain menerusi perkahwinan pertama dengan Akhmarzuraikha Salleh. Sumber: mStar
|
"Kita tidak boleh hidup sendiri kerana pasanganlah yang akan menjaga kita untuk terus hidup," jelasnya.
Jitu: setuju
Lavender_Violet replied at 29-12-2023 01:22 PM
Mana anak2 yg dengan 1st wife??
Knp tak mintak tolong dgn diorang?
btw, skrg kerap betul orang sakit ...
ADVERTISEMENT