Isteri Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail terkilan kerana kehilangan besan yang sebaik ibu bapa menantunya, Puteri Sarah Liyana. Di Instagram, Patimah turut berkongsi gambar Puteri Sarah yang merupakan bekas isteri anaknya, Syamsul Yusof yang sedang bercuti bersama keluarganya di Turki.
“Amat terkilan kehilangan besan yang baik bagi kami dan mertua yang memahami bagi sol,” tulisnya. Terkesan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar hubungan baiknya bersama keluarga Puteri Sarah terus terjalin di ruangan komen.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul pernah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014, namun bercerai pada 13 Jun 2023. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Malah, Syamsul juga telah mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar pada 5 Januari 2023. -CARI
|
Manusiabesa replied at 29-12-2023 11:24 AM
Oshin xboleh ni dgr berita mcm2 ni pasal ps. Oshin gelabah tetek. Oshin..oh oshin..sila dtg.. meh le ...
ADVERTISEMENT