Pelakon Elisya Sandha, 24, sanggup membotakkan kepala demi tuntutan watak, meskipun sedar keputusannya akan memberi kesan pada tawaran lakonan pada masa akan datang. Elisya berkata, dia sanggup mencabar diri melakukan suatu yang mustahil, kerana anjakan kerjaya lakonan.
"Baru-baru ini, saya ada memotong rambut pendek untuk watak Natalia dalam drama Aku Hanim. "Karakter sebegitu saya sudah buat dan lagi satu karakter saya nak cuba buat wanita yang duduk dalam penjara. Untuk watak ini, saya nak botakkan kepala. "Tapi, kami masih dalam perbincangan untuk menjayakan watak ini dan belum muktamad, tapi kalau dapat buat, Alhamdulillah. "Saya okay kalau kena botakkan kepala. Saya tahu tindakan saya akan beri kesan pada tawaran seterusnya, tapi saya boleh cari cara, misalnya pakai rambut palsu dan sebagainya. Kena pandailah," katanya. Tambah Elisya, ibu mentua, Shiela Rusly dan suami, Uzair Haqimy juga antara insan menyokong tindakannya.
"Itu sebab untungnya ibu mentua dalam industri seni, dia faham. Ketika potong gaya 'side cut', dia tak tanya kenapa saya buat begitu, malah memahami saya lakukan untuk karakter. "Sebab untuk ke tahap seterusnya, saya kena berani. Misalnya potong rambut dan botakkan kepala dan sebagainya. Sebab itulah saya belajar dari kakak, Fasha Sandha dan ibu mentua. "Suami juga adalah orang yang paling okay sebab pengarah dan faham," katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat dan kesyukuran anjurannya bersama Fasha dan Aidil Aziz di Bizmilla Ariz Hall, baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Elisya mengakui, dia sudah bersedia untuk menimang seorang lagi cahaya mata apabila puteri sulungnya, Bunga Elhaq sudah menjangkau usia dua tahun. "Saya ada banyak perancangan untuk 2024. Antaranya, saya mahu seorang lagi anak. Tapi kalau rezeki belum lagi, saya akan fokus pada karier sebab masih membina nama dalam industri ini. "Sebenarnya, saya sudah biasa dengan rutin sebagai ibu. Bunga mengajar saya sebagai wanita bekerjaya yang pandai menyeimbangkan semuanya. Jadi, bila sudah biasa, untuk ada seorang lagi cahaya mata, insya-Allah tiada masalah," katanya. Sumber: BH Online |
Geeayden replied at 28-12-2023 06:31 PM
Tuntutan watak ikut walaupun botak, tuntutan dlm islam x nak ikut...
ADVERTISEMENT