Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, mendedahkan pernah berhadapan dengan pelakon yang mempunyai perangai diva atau berlagak sehingga bertindak meninggalkan set semasa penggambaran dijalankan.
Namun sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, Aziz, 61, kekal tenang kerana telah melihat ramai pelakon yang tidak bertahan lama kerana mempunyai sikap sebegini. “Saya pernah berhadapan dengan pelakon yang mempunyai sikap diva atau narsisitik. Bila kami, pelakon veteran melihat perangainya itu, kami senyum kerana sudah tahu bagaimana pengakhiran pelakon itu nanti. “Hidup ini bagai roda. Kitaran yang sama itu sudahpun dilalui banyak orang. Pelakon itu mungkin menyombong hari ini. Namun suatu hari percayalah, dia juga akan berada di bawah. Oleh itu, hidup jangan menyombong,” katanya.
Aziz ditemui Utusan Malaysia semasa majlis tayangan perdana dan sidang media filem Dalang baru-baru ini.
Sekadar berkongsi pengalaman, Aziz berharap ceritanya dapat dijadikan pengajaran khususnya buat pendatang baharu agar sentiasa menjaga kelakukan semasa penggambaran.
“Apa yang sudah berlalu, kita anggap sahajalah ia sudah berlalu. Sekarang, pelakon itu pun sudah okay,” tambahnya. Sumber: Utusan
|
chandrahusin replied at 28-12-2023 02:18 PM
Mcm kisah Ena Manjalara la ni
lasagna replied at 28-12-2023 02:29 PM
ida ner*na kaa?
chandrahusin replied at 28-12-2023 02:46 PM
Itu watak Ida Nerina je kan dlm filem Layar Lara
lasagna replied at 28-12-2023 03:26 PM
ha ah.. betul tu, tp ntah laa, ada ke abg long buat cite invite ppuan ni, tak perasan.
saraism: fathia ke dia maksudkan ni? se ...
kaedahnya replied at 29-12-2023 01:23 AM
bukan dia baling depan along kamaruddin ke? dia protes kena marah macam tu la kot.
naina replied at 29-12-2023 01:34 AM
Perghhh Fathia tu memang banyak bad rekod kan. Ramai bercakap2. Nahhhh belum sampai 40 pun dah tun ...
chandrahusin replied at 28-12-2023 06:18 AM
Mcm kisah Ena Manjalara la ni
tokchik replied at 28-12-2023 04:07 PM
gambar kat atas tu menampakkkan kekertuaan beliau.
muka iras arwah ibunya afida ess
lotionmilo replied at 29-12-2023 03:08 AM
Bila pulok Afida Es meninggal?
ADVERTISEMENT