CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daler Yusof Dah 10 Tahun Kahwin, Bakal Timang Anak Ketiga

28-12-2023 07:02 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 31409| Komen: 107

Pelakon Daler Yusuf mengumumkan berita gembira dia dan isteri iaitu Sakinah Burikul bakal menimang cahaya mata ketiga tahun depan.

Menurut Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 31, usia kandungan isterinya itu kini sudah mencecah lima bulan.



"Ya. Saya kini sedang menanti kelahiran anak ketiga yang dijangka pada tahun depan.

"Isteri saya ketika ini sedang hamil lima bulan. Dijangka bayi lelaki," katanya.

Terdahulu, Daler berkongsi berita gembira itu menerusi laman TikTok dan menarik perhatian peminat.

Malah, segelintir netizen turut meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka Daler sebenarnya telah berumah tangga.

Jelas aktor berdarah kacukan Uzbekistan itu, dia sebenarnya sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan wanita itu.

"Saya sudah berkahwin sejak 10 tahun yang lalu di Uzbekistan. Ketika itu saya sedang belajar dan belum masuk industri lagi.



"Saya memang tidak post berkenaan kehidupan personal saya di media sosial. Jadi, memang ramai yang tidak tahu," ujarnya.

Tambah Daler, dia memilih untuk tidak mengumumkan mengenai perkahwinan itu kerana kehidupan mereka agak sulit.

Ini kerana mereka sering berdepan perbalahan dan salah faham sehingga tidak lagi duduk sebumbung.

"Kami dulu banyak gaduh, duduk asing dalam dua ke tiga tahun. Kemudian tinggal bersama semula.

"Alhamdulillah, semasa Covid-19, kami tersekat di Malaysia dan kami berbaik sehingga sekarang. Sekarang kami lebih memahami antara satu sama lain," katanya.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Daler dan Sakinah, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang sekarang berusia sembilan dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, Yusuf enggan memberikan maklumat terperinci berkenaan anak-anaknya.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 28-12-2023 06:50 AM
Ooo...ingatkan dia belaan seseorang
Belaan bini rupanya
Quote lasagna 28-12-2023 08:00 AM
tapi camne dia bleh lepak stay kat Msia ek?
ke mak dia org Msia? atau mmg dia mmg expatriate?
Quote Burong_Hantuk 28-12-2023 08:46 AM
ooo...ingatkan geng kunyit
Quote bored_atticus 28-12-2023 08:47 AM
wow besar-besar dah anak dia
Quote whadda 28-12-2023 08:52 AM
Edited by whadda at 28-12-2023 08:53 AM

Oo da kawen sebelum belakon.. pandai dia simpan.. cantik bini dia
Quote Manusiabesa 28-12-2023 08:54 AM
Hensem herlok mcm ni setia. Yg muka mcm punggung anjing , pipi belubang mcm tempeh tu yg curang.
Quote sudirmanistas 28-12-2023 09:02 AM
Okay la tu semoga dipermudahkan urusan. Betul la jgk, xda dengar gossip Daler ni dgn mana2 actress, kira mmg dia menjaga la kot sbb dah ada wife haha. Wlupun mula2 dlu lakonan Daler ni agak so-so la jgk, tpi rsenye ada improvement n accent dia pun dah makin elok.
Quote hidet 28-12-2023 09:20 AM
cantik wifenya..mcm muka org sini dah..
Quote chandrahusin 28-12-2023 09:21 AM
betul lah
yg kacak mcm Edika, Daler, Josiah Hogan semua ni
takde plk ada dgr gossip2 dgn heroin
yg melayu totok je asal belakon cinlok
Quote Kurex 28-12-2023 10:07 AM
Manusiabesa replied at 28-12-2023 08:54 AM
Hensem herlok mcm ni setia. Yg muka mcm punggung anjing , pipi belubang mcm tempeh tu yg curang.

Selalunya gitu la.. yg helok muka terletak jenis humble, setia. Yg muka below par macam kena sumpahan yg kuat berangan
Quote irvene 28-12-2023 10:14 AM
mesti ada actress yg cinlok dgn dia tp tak dilayan. mesti actress tu terkojot beruk dapat tahu cerita ni
Quote asma87 28-12-2023 10:19 AM
Kurex replied at 28-12-2023 10:07 AM
Selalunya gitu la.. yg helok muka terletak jenis humble, setia. Yg muka below par macam kena sumpa ...

Samsol yusop n aliff ajizz muka xdela kategori below par pon, tehtap curang camne tu kurex...
Quote Kurex 28-12-2023 10:33 AM
asma87 replied at 28-12-2023 10:19 AM
Samsol yusop n aliff ajizz muka xdela kategori below par pon, tehtap curang camne tu kurex...

Tu kebodohan deols melebihi rupa paras deols.. tapi bila tgk bini2 deols yg sejenis bingit tu, iols rasa layak la deols dicurangi..
Quote KamikuP 28-12-2023 11:06 AM
Eh bukan dia ni ke yg berhutang duit dan bil telefon dgn sorang pompuan tu? Ke muka sama?
Quote Sesuatu… 28-12-2023 11:13 AM
Pernah beli kek dgn dia, ade budak laki cute yg hantar kek bawah rumah dia. Anak dia la kot tu
Quote heythere123 28-12-2023 11:22 AM
dulu kemain heols bagi statement cakap bukan suami orang

https://www.bharian.com.my/amp/taxonomy/term/8/2017/01/237669/saya-bukan-suami-orang-daler-yusuf
Quote endihesh 28-12-2023 12:02 PM
lasagna replied at 28-12-2023 08:00 AM
tapi camne dia bleh lepak stay kat Msia ek?
ke mak dia org Msia? atau mmg dia mmg expatriate?

dia masuk pakai sosial pass dan menumpang kemudahan pas anak2 & isteri dia je..
Quote LadyCarefree 28-12-2023 12:04 PM
Daler ni org mana? Kalau bukan Msian, ada work permit ke? Pihak berkuasa patut check juga retis2 dan so-called models serta inpluenzahs bermaharajalela duduk Msia.
Quote Sesuatu… 28-12-2023 12:09 PM
endihesh replied at 28-12-2023 12:02 PM
dia masuk pakai sosial pass dan menumpang kemudahan pas anak2 & isteri dia je..

Isteri and anak2 dia bukan warga uzbek juga ke?

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.234262 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top