CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanns Ahmad Dituduh Tiru Gaya Zizan Razak Dan Shaheizy Sam

27-12-2023 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15188| Komen: 21

Wanns Ahmad, 32, menafikan meniru gaya lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam pembawakan watak komedinya.

Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad berkata, dia sebenarnya sedang membawa diri sendiri, namun mungkin pandangan mata orang melihatnya cuba meniru gaya dua pelakon popular terbabit.


Foto: IG

"Saya pun perasan dah banyak kali orang bercakap perkara ini. Kalau awal-awal dulu memang rasa satu kegagalan kerana mereka tak nampak identiti saya dan anggap macam orang lain.

"Memang bergelut juga mulanya untuk raih perhatian peminat. Tapi lama-lama saya dah rasa tak kisah. Saya nak yakinkan orang pun, memang tak boleh. Tapi yang penting saya bawa identiti Wanns Ahmad," katanya kepada Harian Metro.

Wanns baru-baru ini ditampilkan sebagai Adnan menerusi drama bersiri Adnan Runner yang disiarkan TV3.


"Ia asalnya dari filem Adnan Sempit yang diadaptasi kepada drama pula. Jadi orang nampak saya macam tiru karakter Shaheizy Sam.

"Apapun saya ambil perkara ini positif. Maknanya orang tengok drama itu. Kita tak boleh marah orang bila nampak begitu. Maknanya ada kesilapan kita yang perlu kita baiki.

"Saya bertekad nak cungkil lagi identiti saya yang sebenar. Saya nak orang tahu ini Wanns Ahmad. Campur karakter itu ini, tak kisahlah asalkan orang kenal saya," katanya yang baru membintangi drama Surat Dari Tuhan.


Dia yang turut dikenali menerusi lagu Terus Mencintaimu cuba membuang pandangan skeptikal masyarakat selepas ini yang melihatnya hanya sesuai dengan watak komedi.

"Saya nak keluar dari zon ini. Tapi pada masa sama, risau juga mampu atau tak. Tapi insya-Allah saya akan cabar diri sendiri untuk keluar dari watak komedi.


"Saya juga bersyukur berpeluang berlakon filem pertama iaitu Pontianak 200 kg arahan Shuhaimi Lua Abdullah. Saya berlakon telefilem Pontianak 100 kg juga arahannya terbitan MIG Production Sdn Bhd yang disiarkan di tonton Original sebelum ini.

"Ia dapat sambutan hangat, jadi MIG Production Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd bekerjasama menerbitkannya dalam filem pula," katanya.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 28-12-2023 01:58 AM
nampak la persamaan tu
Quote Zeatyisaac 28-12-2023 06:52 AM
Suhaimi Lua ni orang Kelantan Kan? Sedara ke ngan Wanns ni?
Quote marchikobonzo 28-12-2023 10:36 AM
Helok la dari jijan & kepam tu
Quote Kurex 28-12-2023 10:39 AM
Muka macam BALQISYH SEMUNDUR KHAN
Quote heythere123 28-12-2023 11:23 AM
iols suka tengok heols berlakon compared to si keropok lekor tu. Takde la nampak miang sangat
Quote awenda507 28-12-2023 12:38 PM
Mmg kdg ada gaya lakonan dia nmpk mcm zizan
Quote Burong_Hantuk 28-12-2023 02:13 PM
elok la tu...sama2 kepam
Quote A-Are 28-12-2023 02:14 PM
haah muka da dekat2 sama mcm zizan...cara berlakon pon sama style bercakap semua..
Quote chandrahusin 28-12-2023 02:24 PM
Lakonan dia mmg mengelinjat mcm Zizan
Tapi better la dr Zizan
Quote adelea 28-12-2023 09:20 PM
Iols ada soft spot ka wanss ni dia mmg cm tu
Iols suka jer dia …
Quote Perawankota 28-12-2023 09:37 PM
Aku dulu suka gila lagu dia wlupon tak pernah tgk tuannya.. Selalu layan kt sportify.. Ingatkan org ya hesmes.. Sekali tiba2 dapat tau dia dah berlakon pulak
Quote VespaSilbe 28-12-2023 09:40 PM
Irl heols boleh tahan encem yach.. iols jumpa masa berlakon kat spital
Quote Goodluckdontcry 29-12-2023 08:42 AM
Ko dik sesuai jd adik beradik dgn shukri yahya ...sepesen je muka..jd kalau nk banding kan shukri yahya dgn sapa2.. ko la org sesuai dik..dari dikatakan muka si sukeri tu mcm pelakon filipin..jericho apa tah...tolonglahhhh..jauh panggang dari api dapur gas dik...rabun tahap cipan ke apa...
Quote bbalik 29-12-2023 08:57 AM
tp dia nyanyi sedappp
Quote SecretLuv 31-12-2023 01:03 AM
Goodluckdontcry replied at 29-12-2023 08:42 AM
Ko dik sesuai jd adik beradik dgn shukri yahya ...sepesen je muka..jd kalau nk banding kan shukri ya ...


Tapi dulu masa dia berlakon cerita asmara luna tu memang iras2 jericho..
Masa cerita tu la baru saya kenal dia sebab hensem masa tu


Quote adikfatin 31-12-2023 06:57 AM
Aku bila nampak muka dia jd pelakonnya terus aku xtgk citer tu sebab rimas la. Teruk sangat try hard dia bawak watak tu. Over giler.
Quote prince_marhaen 3-1-2024 11:31 AM
ciknek heols besar. okbai!
Quote beta_carotene 3-1-2024 11:52 AM

info lanjut sis
Quote prince_marhaen 3-1-2024 12:05 PM

meols teka jer.... heols suka pakai seluar trek & seluar nmpk bulge bila duduk buat podcast... hidung heols kembang... ehhh!!


Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.059138 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top