Seremban: "Kami sekeluarga berharap kakak mendapat keadilan sepenuhnya di atas penderitaan yang ditanggung selama dua tahun lima bulan," kata Fauziah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 45, yang juga mangsa keganasan rumah tangga.
Fauziah, 41, berkata, Mahkamah Sesyen Johor Bahru dijangka membuat keputusan terhadap suami Jahidah atas dakwaan memukul kakak sulungnya itu, 17 Januari depan. "Saya sudah dimaklumkan oleh pihak mahkamah di Johor Bahru mengenai tarikh keputusan terhadap lelaki yang didakwa memukul kakak akan dibuat pada tarikh itu. "Kami sekeluarga termasuk bapa dari Sabah berhasrat untuk hadir ke mahkamah pada hari itu kerana ingin mendengar sendiri keputusan berkenaan. "Kami berharap keputusan itu nanti akan memberi keadilan kepada kakak saya," katanya ketika dihubungi, hari ini. Mengenai kemungkinan akan membawa Jahidah ke Johor Bahru pada hari berkenaan, Fauziah berkata, perkara itu belum diputuskan lagi tetapi dijangka tidak akan berlaku.
Menurutnya, tiada perubahan ketara berlaku daripada segi fizikal kakaknya itu sejak dilaporkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga. "Dia masih seperti dulu, hanya terlantar di katil dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain. "Walaupun matanya terbuka tetapi keadaan mata kelihatan sedikit juling selain makanan utama adalah susu khas. "Anaknya, Eshan Nufail sudah berusia dua tahun pada 13 November lalu. "Dia aktif walaupun tumbesarannya kelihatan sedikit perlahan apabila berat anggota badannya ketika ini hanya 7.7 kilogram. "Namun saya gembira kerana dia membesar dengan baik tanpa ada masalah walaupun masih belum berpeluang berkomunikasi dengan ibunya," katanya. Sebelum ini, media melaporkan Jahidah yang hamil ketika itu parah selepas dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Johor Bahru pada 4 Mei 2021. Kakitangan sebuah jabatan kerajaan itu kemudian dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Kes Jahidah yang menggemparkan negara itu menarik perhatian pelbagai pihak termasuk masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan apabila wanita berkenaan dilaporkan parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain retak rahang, tulang belakang dan rusuk. Sumber: Harian Metro
|
black_handbag replied at 27-12-2023 04:41 PM
dah besar dah anak dia.. 2 tahun dah umur. besar pengorbanan kakak dia sanggup menjaga mangsa. tak s ...
white_musk replied at 27-12-2023 09:33 PM
mungkin lelaki tu sudah insaf dan nak mulakan hidup baru...
JunkMail replied at 27-12-2023 08:40 PM
Adik dia lah.. umur 41 tahun.
Anyway laki musibat dia tu sedap sedap main tiktok dah berbini bar ...
white_musk replied at 27-12-2023 09:33 PM
mungkin lelaki tu sudah insaf dan nak mulakan hidup baru...
dani-rox replied at 27-12-2023 10:29 PM
Kesian. Jantan bangkai tu kebal sangat ke, terbang bebas takda tindakan langsung. Kalau undang2 masi ...
Carcosa replied at 27-12-2023 08:37 PM
Lamaaanyelahhh case kakak ni... Kesian la.
Kerana kes kakak ni lah, meols ada terasa sedikit hidup n ...
kelapaparut replied at 28-12-2023 09:27 AM
kes ni istana xmasuk campur, kalu kes bella tu istana masuk campur nmpk la peguam bkerja sunggoh2. ...
Nurul8001 replied at 28-12-2023 02:03 AM
Kan ada quote, lebih baik melepaskan seseorang yang bersalah berbanding menghukum org yg tak bersala ...
anggeriklatifah replied at 27-12-2023 10:15 PM
Jantan musibat tu siap buat tiktok deco rumah..lepas tu leh lagi convoiiii dgn geng2 moto..
Katany ...
ADVERTISEMENT