Rita Rudaini bengang dituduh cuba mengambil hak golongan kurang berkemampuan dengan menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan ditanggung kerajaan. Lagi kecewa apabila kata-kata kurang enak itu diucapkan oleh seorang pendidik.
Rita kata sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya mereka mempunyai pemikiran negatif sedemikian kerana semua hak yang dinikmati oleh rakyat ini adalah rezeki daripada Allah SWT. "Macam inilah nasib daripada sekolah persendirian kalau pergi sekolah biasa ini. Kena fitnah ambil kuota B40 pula. "Yang fitnah itu pula guru yang merupakan pendidik, tak layak digelar pendidik! Jijik benar perangai. "Macam mana nak cakap ya, mentaliti jijik golongan ini asal T20 masuk situ dituduh ambil hak B40. Dituduh cable (guna orang dalam). "Kenapa? Anak T20 ini semua bodoh ke? Ini memang jenis tak percaya dengan rezeki Allah. Buanglah mentaliti kolot lagi jijik itu," luahnya menerusi di Instastory.
|
scrocth replied at 27-12-2023 04:12 PM
Hanya bini askar jepun embun ja yg mampu diamkan she stkt ni.
ADVERTISEMENT