CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ziana Zain Nak Berlakon Cerita Komedi, Sesuai Dengan Usia

26-12-2023 07:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13094| Komen: 16

Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain hanya mahu membawakan watak komedi dalam lakonannya.

Ziana berkata, genre komedi sesuai dengan umurnya sekarang, malah komedi mudah diterima semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.



"Cerita yang serius itu mungkin tak ramai yang nak menonton. Mungkin orang dalam keadaan 'stress' dan sukakan sesuatu yang gembira. Saya pun kalau boleh nak tengok cerita kelakar.

"Yang terlalu 'stress' tak nak tengok dah. Macam bawa watak berat, ia akan buat saya terbawa-bawa ke rumah. Dalam keadaan kita sekarang, saya cuba elakkan watak begitu.

"Ambillah watak yang menggembirakan. Jadi untuk masa sekarang, saya memang tak nak watak serius atau berat," katanya kepada Harian Metro.

Ziana berkata, dia perlu melihat pada keadaan sekiranya ditawarkan watak sebegitu pada masa akan datang.

"Tapi kalau bolehlah, saya nak watak 'happy' dan tak nak yang sedih-sedih atau berat. Tak seronoklah, lari 'mood' kita nanti.


"Begitu juga dengan watak-watak cinta, dah tak sesuai dah. Malu pada anak-anak nanti. Biarlah cerita kelakar saja.

"Berlakon sebenarnya perlukan komitmen tinggi. Masa yang diambil agak panjang. Fokus saya pada nyanyian," katanya.

Menurutnya, lakonan sekadar mengisi kerinduan untuk berkumpul dengan pelakon-pelakon lain dan kru produksi.

"Jadinya saya pun suka komedi. Saya dah buat dua drama dan satu filem komedi dan tak kisah dilabel pelakon komedi selepas ini," katanya.

Ziana baru selesai membintangi Pontianak 200kg arahan Shuhaimi Lua Abdullah terbitan bersama MIG Production Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd.

Filem arahan Shuhaimi Lua ini turut menampilkan lakonan Aya Amiruddin, Ropie Cecupak, Syaiful dan Sharif Zero, Dottie, Wan Ahmad dan ramai lagi.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikenit2007 26-12-2023 07:38 PM
Bagus la kau kak..pandai bawa diri & kau masih relevan dalam industri ini
Quote MistrezHermanaz 27-12-2023 12:13 PM
ok je, dia pun ada berlakon drama komedi sblm ni
Quote VespaSilbe 27-12-2023 12:16 PM
Kaka berlakon watak komedi best..
Quote fido_dido 27-12-2023 12:19 PM
cerita dia belakon dgn mas idayu aritu kelakar
Quote Kurex 27-12-2023 01:43 PM
Dia ada berlakon telemovie lawak utk raya suatu tika dulu..lepas tu ada berlakon pontianak apa ke ntah dgn juliana banos
Quote kashaz 27-12-2023 02:07 PM
mmg kelakar pun. klu dia + amy mastura pun mesti best. style dorang mcm natural, bukan berlakon..
Quote kucingsiti 27-12-2023 02:46 PM
iols repeat cerita kampung kolestrol yg kak z berlakon.. santai2 sambil WFH jaman PKP dulu
Quote Burong_Hantuk 27-12-2023 02:47 PM
muka keras asyik cucuk botox si nek jiana nih
Quote kucingsiti 27-12-2023 02:48 PM
buat yang mencari... dulu kalau tak salah tengok kat viu
[youtube]HSJaPsPSnBY[/youtube]

Quote dolladolla 27-12-2023 03:27 PM
Aku suka dia berlakon sbb comel dan kelakar..so teruskan je kak..go kak jena!
Quote lovelytouch 27-12-2023 03:50 PM
Hmm entahlah nekk yg ditunggu2 peminat hang ialah album baru last2 single hauk dgn bbnus hauk. Asyik kena scam kejutan2 tak habis cerita pasal lakonan, tips muda & cerita cerai. Album hang lamberrrt lagi.. ikhlas dr akaq a.k.a pemenat nek jena yg kuciwa
Quote GegarVaganja 27-12-2023 03:59 PM
Burong_Hantuk replied at 27-12-2023 02:47 PM
muka keras asyik cucuk botox si nek jiana nih

Penat-penat sheolls buat pdo threadlifting,hujung-hujung kena fintah botox.
Dia siap post kat ig uolls.
Berdarah2 mukanya.


Quote supernaturalee 27-12-2023 04:27 PM
best tgk kak gee dlm magika!
nenek kebayan sengal



Quote sleepandream 27-12-2023 06:54 PM
tapi pada iols sheols lebih best menyanyi daripada belakon...
same goes to awie...
Quote Noraniza_Iblis 27-12-2023 06:56 PM
tp nek jenah time semi final ajl aritu..
very the hazabb... haukk dedua...
tak tau cmne leh masuk final
Quote cap_ayam 27-12-2023 07:09 PM
Ok kak semoga sihat selalu..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.071582 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top