CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bersubahat, Biar Suami Seksa Anak Usia Tujuh Tahun Sampai Mati

22-12-2023 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10291| Komen: 19

Bentong: "Sememangnya saya patut menerima hukuman penjara kerana cuai dan tidak bertindak sesuatu apabila suami memukul anak kami," kata Asmah, 30, (bukan nama sebenar).

Menurutnya, kira-kira sebulan suami mendera anak lelaki mereka berusia tujuh tahun yang akhirnya menyebabkan kematian kanak-kanak itu.


Katanya, detik hitam berlaku tiga tahun lalu itu mengheretnya ke Penjara Bentong atas kesalahan bersubahat menyebabkan kematian anaknya.

Foto: Harian Metro

"Saya menyesal namun sudah terlewat, nasi sudah menjadi bubur. Sebagai ibu, saya perlu beri lebih perhatian pada arwah anak. Sebaliknya saya lebih menumpukan pada pekerjaan hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu.

"Disebabkan kecuaian itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kerana bersubahat hingga menyebabkan kematian anaknya sendiri," katanya ditemui di Penjara Bentong, semalam.


Dia berkata, suaminya yang berasal dari Negeri Sembilan kini masih dalam tahanan reman di Penjara Bentong menunggu proses perbicaraan terhadap tuduhan membunuh.

Asmah berkata, sebelum kejadian arwah anaknya dibesarkan oleh ibunya di kampung dengan penuh kasih sayang dan ketika usia tujuh tahun dia serta suami mengambil keputusan menerima anaknya itu tinggal bersama selepas ibunya meninggal dunia.

Katanya, sifat manja arwah selain tidak mesra dengan bapanya dan sikap panas baran suami, menjadi antara faktor lelaki itu memukul anak.

"Umur arwah tidak panjang apabila dalam tempoh sebulan tinggal bersama kami, dia pergi buat selamanya," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian suaminya tidak bekerja manakala dia menjaga anak di rumah.

"Saya kini telah menjalani hukuman penjara tiga tahun lima bulan di Penjara Bentong.

"Selain kelas agama, saya turut mengikuti latihan kemahiran menjahit. Saya kini mampu menghasilkan pakaian wanita dan lelaki selain pelbagai kelengkapan termasuk hiasan rumah.

"Saya tidak sabar untuk bebas dan memulakan kehidupan baru bersama bapa dan seorang lagi anak yang sedang membesar. Saya yakin Allah akan membantu dalam meneruskan kehidupan pada masa akan datang," katanya yang berasal dari Temerloh.

Asmah berkata, tidak mungkin dia menunggu suaminya bebas kerana hukuman penjara yang bakal diterima antara 30 hingga 40 tahun membabitkan tuduhan membunuh termasuk penagihan dadah. 

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elnor_81 22-12-2023 02:37 PM
Ptt mandulkan mak pak cmni! Eh..skt plak ati aku ko blh buat xtau anak kena dera.
Quote manehnya 22-12-2023 03:23 PM
saya lebih menumpukan pada pekerjaan


kerja apa yg penting sgt2 tu..

termasuk penagihan dadah



yg betul nya makan dadah, bkn salah budak tu tak mesra ke apa ngan bapak dia, mmg bapak tu bermasalah!!

moga mereput dlm penjara
Quote 3chanceno 22-12-2023 03:41 PM
Mak pak yg nak hidup senang, tinggalkan anak kat mak di kg. Bila dah ambik tak mesra & rasa terbeban pulak...plus mendadih & membiawak, resepi yg boleh menghancurkan diri sendiri & famili.

Semuga arwah tenang di sana. Kalau kes gini, anak yg didera nie masih boleh selamatkan mak pak yg kejam ke syurga ke?
Quote cmf_almondpecan 22-12-2023 03:47 PM
Kesian budak tu. Dia hidup bahagia dengan nenek. Lepas nenek meninggal, tiba2 hidup dia jadi neraka dunia. Dalam sebulan saja dia pun meninggal. Mesti dia rasa amat terseksa. Semoga tenang di sana.
Quote ctkusiam 22-12-2023 04:15 PM
bapanyer tu bapa kandung ke bapa tiri? kalau bapa kandung knp bagi ank ke nenek bela. memang nk dok berdua sahaja ke dgn bininnyer??  lain kali jg srh bini beranak, tergamaknyer lahai dlm masa sebulan dera ank smpi mati.  semua ini pengaruh dadah.. Allahu
Quote Suchi 22-12-2023 04:55 PM
Suami dia duk umah jaga anak ke?Pastu dia yg keje?

Bila ada anak cuba la bela anak korang, cuba try jaga 24jam sehari
Kena ingat anak lebih menyayangi org yg menjaga berbanding org yg melahirkan dia.
Bila dah tak jag sejak sejak awal maknanya bonding korang anak beranak pun tak rapat.
Anak pun tak mesra ngn bapak. Jd serba tak kena kat mata si bapak.
Sian baru sebulan je kot dah mati anak kat tangan bapak sendiri.


Quote Prickford 22-12-2023 05:20 PM
Laki bini yg tingtong, tapi cakap anak tak mesra. Poodah!
Quote Perwira2022 22-12-2023 05:40 PM
Masalah dadah takkan selesai selagi 9 dragon DAP yg jadi supplier dadah tak dihapuskan. Tak mungkin PH nak hapuskan sebab mereka ni funder terbesar PH.
Quote airmineral 22-12-2023 09:42 PM
Ape dia buat kt budak tu 1 bulan blh mati
Xpe la dik, moga syurga utkmu drpd hidup dgn parent cilaka cmni buat ko terseksa je
Quote airmineral 22-12-2023 09:43 PM
Xleh ke bagi hukuman dgn guna kaedah dera yg sama yg dia buat kt budak tu smp mati
Quote sukacactus 22-12-2023 10:00 PM
Elok sgt la arwah pergi dl
Mak bapak takde kualiti ni patut dimandulkan je
Quote menjad 22-12-2023 10:10 PM
Sebulan jer dah hilang nyawa budak tuh. Anak sendiri darah daging... Dah tau xmampu bagi lah orang lain bela, keluarga angkat ker.

Korang yang tak mampu nak main peranan mak bapak lain kali jgn kawen jgn beranak.
Quote Minahkucing 23-12-2023 02:27 AM
Macam documentary Murder of Gabriel Fernandez

Nangis2 i tgk documentary ni. Dah la budaknye comel.

Nenek ke makcik jaga helok je sekali lepas dah besar mak ayah amek. Terus kene seksa slow2 dan last2 meninggal.

Agaknye tak baligh lagi, harap2 die masuk ke syurga
Quote Sazreena 27-12-2023 12:03 PM
Dah tau x mampu yg ko mengade amik anak drpd mak ko tu kenapa? Buat naya budak tu je. Dengan laki mat pit, biawak, baran..hidup bersama sebb batang sedap enn..mak bapak ceni tolonglah jgn membiak.
Quote Amelyn22 27-12-2023 03:43 PM
sukacactus replied at 22-12-2023 10:00 PM
Elok sgt la arwah pergi dl
Mak bapak takde kualiti ni patut dimandulkan je

Semoga arwah anak ni tak tarik mak pak masuk syurga nanti.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:32 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:02 PM

Quote boo00 23-10-2024 03:53 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.311411 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top