Salah seorang anggota kumpulan VE, Damian mencuri tumpuan warga maya di aplikasi X gara-gara kenyataannya yang didakwa semborono dan melulu. Dalam hantaran tersebut, Damian memuat naik foto suasana di masjid di mana terdapat satu majlis akad nikah dan sembahyang jenazah yang diadakan serentak. Damian kemudian menulis kapsyen yang meminta pengantin untuk menghormati jenazah namun dikecam pula oleh netizen. Gara-gara kenyataannya itu, ramai warga maya kembali menghentam penyanyi itu di ruangan komen. Kata netizen, sudahlah mengambil foto orang tanpa izin, tergamak pula membuat andaian sendiri yang memalukan dan mengundang aib.
Sumber: Beautifulnara |
kuceeng: baru tau die ni muslim...ke mualaf?
kuceeng replied at 21-12-2023 12:47 AM
baru tau die ni muslim...ke mualaf?
Bergosip replied at 21-12-2023 07:36 AM
damian ni pernah kahwin ke?
tak kan dia tak tau jadual tok kadi pack. nak book tok kadi pon payah. ...
lasagna replied at 21-12-2023 07:49 AM
mmg dah kawen, kawen dgn org melayu.
heols kan mualaf.
Bergosip replied at 21-12-2023 08:02 AM
kalau dah kahwin, then dia patut tau jadual tok kadi padat. bukan senang nak book tok kadi
ADVERTISEMENT