Datuk Aznil Nawawi tampil bersuara gara-gara ada individu menyindir artis yang tiada tawaran berlakon sebagai malas untuk berusaha. Menerusi hantaran di sebuah portal hiburan mengenai pelakon Faye Kusairi yang berniaga nasi ayam di tepi jalan, individu berkenaan meninggalkan komen untuk menjadikan aktres itu sebagai contoh.
Dalam pada itu, dia turut mempertikaikan tindakan sesetengah artis yang hanya mengharapkan bantuan semata-mata.
“Artis contoh rajin berusaha cari rezeki, cuba lah semua buat macam ni untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ni dah tak laku nak berlakon asyik nak minta bantuan saja,” kata individu berkenaan. Tidak berdiam diri, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil menyelar kenyataan individu tersebut dengan mendedahkan dia sering menerima mesej daripada orang luar yang ingin meminta bantuan. “Amboi sedapnya mulut mengata. Awak nak saya tunjukkan golongan bukan artis yang berderet minta bantuan kat direct message (DM) artis?,” balasnya. Sementara itu, pelakon Yana Samsudin turut bersetuju dengan Pak Nil apabila mengalami situasi sama. “Saya pun setuju dengan Pak Nil cuma tak hebahkan je. Ada tu minta macam kita mesin ATM. “Semua manusia sama je. Tak kira pekerjaan, kalau tak pandai uruskan kewangan dan ada yang ditakdirkan Allah nak uji lebih, maka terciduk juga,” ujar Yana. -CARI Sumber: XTRA
|
marchikobonzo replied at 20-12-2023 04:05 PM
YS mencapub je
miracle_forever replied at 20-12-2023 09:52 AM
laki bini suka mencapub & drop komen merata2
pichee replied at 21-12-2023 01:08 AM
sape tu ys?
Sementara itu, pelakon Yana Samsudin turut bersetuju dengan Pak Nil apabila mengalami situasi sama.
Mamason replied at 21-12-2023 09:33 AM
Berapa umur Pak Nil? Off topic... Sebaya AA ke dia ni?
sleepandream replied at 20-12-2023 03:17 PM
macam linda rafar tu ke...
gigih dm semua retis2 untuk donate...
dah mcm badan zakat pulek retis2 ni ...
marchikobonzo replied at 20-12-2023 04:05 PM
YS mencapub je
asamfish replied at 28-1-2024 01:27 PM
linda rafar tu minta donation utk apa? utk rumah anak yatim? ke tahfiz? koserrr tau
EncikRhoma replied at 28-1-2024 12:08 AM
Aznil lagi tua dari azwan. Beza 2-3 tahun kot tak silap. Tapi azwan lagi nampak kertu dari aznil. ...
EncikRhoma replied at 28-1-2024 12:08 AM
Aznil lagi tua dari azwan. Beza 2-3 tahun kot tak silap. Tapi azwan lagi nampak kertu dari aznil. ...
ADVERTISEMENT