CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Trauma Dikutuk- Tak Nak Ingat Insiden Terkucil Di AJL35, Fokus Beri Persembahan Terbaik Di AJL38

20-12-2023 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10122| Komen: 1

Pernah dikritik hebat semasa menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada tahun 2021, penyanyi Nabila Razali enggan mengenang kembali kenangan pahit itu.

Kata Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, kini dia ingin memberi fokus sepenuhnya kepada lagu Selagi Ku Ada bersama rakan duetnya Khai Bahar di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).


Foto: IG

"Tipu kalau saya kata tak trauma tentunya perasaan itu ada tapi saya cuba letak perasaan itu ke tepi dan ingin memberi fokus kepada Selagi Ku Ada.

"Bagi saya yang sudah lepas biarkan berlalu sekarang ini untuk fokus yang di depan dan saya percaya ini lagu yang sangat bagus," katanya kepada mStar.

Nabila berkata dia bersyukur apabila Khai menjadi teman duetnya di atas pentas sekali gus menaikkan lagi semangat untuk memberikan persembahan terbaik.



"Alhamdulillah dengan adanya Khai Bahar, dia pun sangat menyokong dalam nyanyian dan keyakinan saya atas pentas

"Sebelum ini keseorangan tapi kali ini berduet," ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila juga bersyukur apabila dirinya masih diberi peluang oleh komposer dan penulis lirik meskipun pernah terkucil semasa menyanyikan lagu sebelum ini.

"Saya hanya mampu bersyukur sahaja, itu kena tanya kepada tuan lagu kerana dia yang beri kepercayaan itu dan peluang," luahnya.


Sementara itu, Amylea Azizan berkata sebagai penulis lirik dia lebih suka berkerjasama dengan penyanyi yang berusaha keras dalam menunjukkan bakatnya.

Malah dia melihat perkara itu di dalam diri Nabila dan juga Khai sekali gus memuji usaha dua penyanyi berkenaan.

"Sebenarnya bukan nak bagi lagu kepada orang yang paling dahsyat nyanyi ke apa, tapi bagaimana cara awak hasilkan yang terbaik untuk penyanyi itu persembahkan.



"Ini semua mengenai kerja keras tapi mereka berdua sangat rajin dan berusaha keras. Benda ini tak akan jadi kalau sebab lagu itu sahaja yang sedap

"Saya selalu percayakan sesiapa boleh menyanyi tetapi rajin. Walaupun penyanyi itu dahsyat macam mana tapi kalau pemalas takkan ada satu lagu pun boleh naikkan dia," ujarnya.

Untuk info, Sekali Ku Ada nyanyian Khai dan Nabila antara 12 lagu yang layak ke AJL38 yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada Mac tahun depan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anggeriklatifah 20-12-2023 09:18 AM
Kak nab boleh dipuji..semakin bagus dan ada effort betulkan nyanyian..rajin diaa ni belajar dgn guru2 vocal

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.045547 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top