CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Tak Puas Hati- Bayar Zakat Puluhan Juta Tak Nak Puji, Bila Ambil Ira Kazar Laju Je Kecam

19-12-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13409| Komen: 39

Datuk Seri Aliff Syukri geram apabila dikecam kerana menggunakan artis atau individu viral dengan perkara negatif bagi tujuan pemasaran.

Aliff meminta orang ramai supaya memandangnya daripada sudut positif.


Foto: IG

Kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, selama ini dia membayar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan zakat sehingga mencecah puluhan juta ringgit namun tiada pula yang memuji.

“Inilah orang Melayu benda baik tak nak pandang, benda buruk sahaja pandang, saya bayar LHDN dan zakat puluh juta, ada orang pandang?


"Sebab itu saya nasihatkan jangan lihat perkara ini dari sisi negatif, kalau saya tak ambil artis atau individu buruk tu mereka tiada pekerjaan dan buat perkara bukan-bukan macam mana?

"Bukan saya suruh mereka selak kain, saya suruh jadi model... apa masalah netizen," katanya kepada mStar.


Nama Aliff menjadi bualan selepas mengambil Ira Kazar sebagai model sehingga ada pihak mencadangkan untuk memboikot barangan usahawan berkenaan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 19-12-2023 04:07 PM
Tak tahu kenapa geli tengok sotong ni
Quote cikatilia 19-12-2023 04:14 PM
so bayar zakat sbb nak harapkan pujian ke
Quote opie5662 19-12-2023 04:18 PM
Lahhh... Bayar zakat tu mintak kene puji ke saitonnnn.... Itu kan kewajipan. Dasar tolol termasuk tololwers n tukang support product sampah dia
Quote Orgkgdukobesi 19-12-2023 04:36 PM
Cuba ambik seniwati neelofa jadi model , mesti dapat banyak pujian ( dari lobenak ler)
Quote amyfaha 19-12-2023 04:43 PM
Sebab the more u pay, the more cashback u will get when u pay zakat bang. Heheh, YTJT . Meols takpernah obses dgn pembayar zakar yg declare dia bayar terpaling bnyk. Sbb theyols dapat cashback ye tuan puan.
Quote yusryimran 19-12-2023 04:56 PM
belut electric
Quote Binodino 19-12-2023 05:39 PM
Belut letrik oi! Kau bayar zakat tu sebab tu kewajipan, tu ibadah. Kau ambil IK as model tu untuk marketing bisnes kau. Bab ibadah pun kau hadap ujian ke? Kalau gitu kau ambil IK as bini kedua kau lah. Mana tau nanti netizen puji2 kau.

Quote awenda507 19-12-2023 05:47 PM
Rupanya bayar utk dipuji2
Quote nazurah 19-12-2023 07:01 PM
Tak selera tgk dia pakai baju tayang keti gitu. Jijik serabai.
Quote putericahaya999 19-12-2023 07:02 PM
Ada org kecam ke... Org bolayan je
Quote Rogue98 19-12-2023 07:13 PM
Ira tu dah takde suami ke sampai Alip pulak yg kena bayar dia.
Quote airmineral 19-12-2023 09:01 PM
Benda wajib minta puji buat aperrr
Lain la ko buat benda extra bagus, layak ler dipuja

Quote missyL 19-12-2023 09:14 PM
Sbb tu ape2 pn kene ade education
Kaya je x bijak xbole jgk
Quote missHaidiD 19-12-2023 09:15 PM
Ko ingt nrtizen nk kesah tu semua.

Ko mmg memintak kena keji kan utk nama di sebut2

Ik tu kambing hitam ko je
Quote delia3003 19-12-2023 10:10 PM
Tudung dan model, dua2 below par. I tak kisah sebab takkan beli
Quote Zazama 19-12-2023 10:26 PM
Pepatah ada mengatakan, makin byk cakap maka makin byk terserlah kekhilafan. Kalau ada la org2 yg 'memandang' zakat yg kita bayar, di mana untungnya? Kalau Allah yg 'pandang', beruntung dunia dan akhirat.
Quote slyfynx 20-12-2023 12:26 AM
Eh, ko kene bayar ke bukak thread makhluk bunian ni?
Quote bungarose 20-12-2023 01:01 AM
Bayar zakat iteww rukun islam
Akhlak ngko biar helok skit bley tak alip
Quote BoongaKertas 20-12-2023 07:45 AM
statement dia ni kdg2 kan...rasa mcm nak suh masuk PLKN jer dia ni

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062977 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top