CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Alhamdulillah Ada Anak Baru," Afdlin Shauki Fokus Keluarga, Seronok Dan Bahagia Dengan Isteri Baharu

19-12-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24611| Komen: 41

"Alhamdulillah ada anak baru malah kami sedang sangat gembira dan bahagia. Itu yang membuatkan bila keluar kerja, saya nak balik rumah cepat," kata Datuk Afdlin Shauki secara ringkas mengenai kehadiran anak dalam kehidupan rumah tangga dengan Datin Marcella.


Afdlin,52, bagaimana pun enggan memperincikan butir lanjut mengenai kehadiran anak yang menyerikan rumah tangga yang dibina sejak Ogos lalu. 

Foto: IG

"Berbeza dengan dahulu, ketika masih muda dan sedang membina kerjaya. Sekarang ini kerjaya dah ada dan hidup pun dah selesa. 

"Jadi sekarang saya tak terkejarkan kerjaya atau keduniaan sangat. Keutamaan ketika ini adalah keluarga," katanya. 



Afdlin menegaskan keutamaan ketika ini adalah kebahagiaan bersama yang tersayang dengan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran.

"Saya nak pastikan keluarga terjaga dan dapat bersama dengan mereka yang kita sayang. Itu adalah fokus saya ketika ini. 

"Pembelajaran daripada apa yang saya lakukan ketika masih muda, inilah yang terbaik. Alhamdulillah..saya rasa sangat bahagi, sangat terjaga dan sangat terurus hidup. 


"Ada orang tolong buatkan sarapan pagi, tolong urut-urut belakang masa tengah sakit. Sangat bahagia dan saya mengesyorkan sesiapa yang masih bujang cepat-cepat kahwin kerana banyak kelebihannya. 

"Walaupun saya pernah berkahwin dahulu, tapi bila menduda sekejap, saya rasa sangat terseksa, jadi Alhamdulillah ada yang nak juga," katanya. 

Dalam pada itu, Afdlin mengakui lebih selesa menyimpan kisah dan perihal peribadi daripada pengetahuan umum. 



"Itulah saya tak suka hal peribadi menjadi benda besar. Kerana hal peribadi perlu disimpan sebagai hal peribadi sahaja. Apa-apa sahaja yang kita buat, kita buat kerana Allah itu sahaja," kata Afdlin.

Terdahulu, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga dengan Maria Christina Orow pada 1997 sebelum bercerai pada April lalu. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 19-12-2023 03:15 PM
Bila masa heols ni nikah baru?? Iols tertinggal ketapi
Tapi agak kedesaan rupa wife baru sheols berbanding heols dan ex wife heols yg ala2 urban, walaupun gigi kuning nak mampos...
Berpuluh tahun kahwin dgn ex-wife tapi tak dapat nikmat perkahwinan yg sebenar???
Kahwin sekarang baru realised & dpt merasa kena urut, hidup terjaga apa semua??
Membazirnya bertahun2 dulu tak rasa nikmat perkahwinan yg sebenar
Quote kaseh80 19-12-2023 03:24 PM
Tetiber baru rasa seronok berkahwin

Masa dgn ex wife dulu sampai beranak pinsk dah tak terrasa ke NikmAtnya
Poyos much
Quote zuriey 19-12-2023 03:28 PM
Apa punya statment lah buduh
Sama mental mcm si apis
Quote SedihPedih 19-12-2023 03:37 PM
dia yg buat hal last marriage kan? pastu feeling2 soci dgn yg baru...

Quote prince_marhaen 19-12-2023 03:53 PM
tak nak kerja, nak menikmati kehidupan.... bibit-bibit awal bini baru kena tanggung biawak komodo ye... wife yang passed tak kuasa dah... sibukkkkkk politik, kerja sendu, berlakon sendu,...mulut pun boleh tahan sana sini dia mengata...pastu lalang, time mahathir sokong, time semail sabri sokong, time mhaiyaddin sokong, ni time bang non pun sokong...tukar2 bendera... yihh.
Quote Mary_jane 19-12-2023 04:02 PM
Berbahagialah hendaknya.
Quote alesandra 19-12-2023 04:07 PM
Gamba berbuka puasa ing tu bini dia ke? malas nak baca..tgk gamba je
Quote BoongaKertas 19-12-2023 04:10 PM
bila kuar statement mcm ni, x sdp for the ex wife and her family bila baca. lama kot kawen. x patut statement camni keluar.
Quote MistrezHermanaz 19-12-2023 04:14 PM
kawen ogos, bila kuar anak baru?
Quote ctkusiam 19-12-2023 05:01 PM
MistrezHermanaz replied at 19-12-2023 08:14 AM
kawen ogos, bila kuar anak baru?

Yelah kahwin br empat bulan dh ada anak? anak bini baru ke? anak angkat ke atau ank kucing? hahhaha
Quote mizzmimi 19-12-2023 05:18 PM
Uols memang deols nikah ogos tapi tak pernah mention tahun iya..
Quote Skyline_84 19-12-2023 06:18 PM
alesandra replied at 19-12-2023 04:07 PM
Gamba berbuka puasa ing tu bini dia ke? malas nak baca..tgk gamba je

kedesaannya rupa
Quote Skyline_84 19-12-2023 06:19 PM
*Ada orang tolong buatkan sarapan pagi, tolong urut-urut belakang masa tengah sakit. Sangat bahagia dan saya mengesyorkan sesiapa yang masih bujang cepat-cepat kahwin kerana banyak kelebihannya."

ayat tipikal jantan melayu...yihhh
Quote Sazreena 20-12-2023 01:39 AM
Melayu juga akhirnya...dedolu mix xkan langsung x bahagia. Bini ko dulu tu la jugak sesama membina bisnes..lupa ke.
Quote pichee 20-12-2023 02:03 AM
sedih wife n ank2 bc.. seolah2 life dlu tu x bermakna
Quote she 20-12-2023 04:22 AM
G lah cuci gigi
Kaya2 duit banyak
Kena jaga juga penampilan
Awak tu muka masuk media

Boleh geng dengan Behar
Gigi kuning
Quote watachiwa 20-12-2023 07:30 AM
tertinggal ketapi dia kawen baru
Quote Burong_Hantuk 20-12-2023 07:47 AM
gigi tu dh mcm planta @ cheese expired berkulat
Quote miracle_forever 20-12-2023 08:03 AM
vaveee eh jantan mcm ni. express nya anak baru beliau. kata kawen ogos 2023, december dah ada anak. miracle baby!

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.047998 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top