CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Air Matamu Air Mataku Jua,"Sabri Yunus Kongsi Video Angeline Tan Menangis Depan Kaabah

19-12-2023 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7374| Komen: 6

Angeline Tan menagis ketika menadahkan tangan memohon doa di hadapan Kaabah buat pertama kali dalam hidupnya.

Momen sayu itu dikongsi suaminya iaitu pengarah dan pelakon Sabri Yunus menerusi sebuah video dalam TikTok yang memaparkan kesungguhan aktres terbabit berdoa sehingga bergenang air mata.


Foto: IG

“Air matamu air mataku jua, semoga Allah memelihara kita,” tulis Sabri ringkas sebagai kapsyen video tersebut.

Di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan agar urusan ibadah umrah pasangan merpati dua sejoli itu dipermudahkan.



Pengikut laman sosial Sabri juga menzahirkan perasaan terharu kerana Angeline terpilih untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.


“Alhamdulillah, aturan Allah tak ada siapa yang tahu, rahsia Dia semuanya. Allahuakhbar.

“Bertuahnya Angeline terpilih menjadi tetamu Allah. Moga Angeline kekal Islam hingga ke syurga,” komen seorang peminat.

“Alhamdulillah, air mata menjadi saksi keikhlasan Ardini, terima kasih menjadi saudara Islam kami, teruskan mendalami Islam, moga syurga jua buatmu,” komen netizen lain.

Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, 56, terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah buat pertama kali pada 10 Disember lalu.

Ditemani suami tercinta, Sabri Yunus, 65, aktres yang baru memeluk Islam sekitar tiga bulan lalu itu meluahkan rasa syukur menerima pakej tersebut daripada penaja sebagai hadiah perkahwinan.

Terdahulu, Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan selamat bernikah dengan Sabri di Perlis pada 14 Oktober lalu.

Pernikahan pasangan yang kerap bergandingan sejak era sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mendapat perhatian ramai. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 19-12-2023 02:15 PM
moga kekal bahagia hingga ke syurga korang dua!
Quote missbigrockstar 19-12-2023 09:12 PM
Cantik pula gambar tu capture burung tengah terbang.
Quote marchikobonzo 20-12-2023 09:40 AM
Semoga diberkati Allah & bahagia bersama hingga ke syurga
Quote vanillaninja 20-12-2023 09:45 AM
Comelnya kejar birds. Nampak genuine gembiranya, bukan dibuat2. Semoga sentiasa bahagia dan dipelihara Allah.
Quote Burong_Hantuk 20-12-2023 10:29 AM
no komeng!!!!
Quote afie_m 20-12-2023 03:09 PM
semoga berbahagia dan sentiasa dalam redha Allah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.126413 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top