Tan Sri Michelle Yeoh mengotakan janjinya kepada ibu, Datin Janet Yeoh untuk mengadakan majlis resepsi meraikan perkahwinnya dengan Jean Todt di kampung halaman di Ipoh, Perak. The Star melaporkan, pemenang anugerah Oscar itu menganjurkan majlis secara ringkas di sebuah restoran di Ipoh pada Ahad lalu.
Majlis tertutup itu dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan teman rapat. Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, dilihat menggayakan baju tanpa lengan bersama seluar rona hijau manakala Todt, 77, memilih pakaian kasual serba hitam. Tetamu yang hadir turut dapat melihat poster Yeoh dan Todt dalam filem Tomorrow Never Dives dipamerkan di pintu masuk restoran berkenaan. Dalam pada itu, terdapat poster yang lain juga memaparkan jemputan perkahwinan pasangan itu yang dihantar kepada tetamu di Geneva, Switzerland.
Ia termasuk nota tulisan tangan yang menunjukkan tarikh 17 Disember menandakan 7,135 hari sejak pertemuan pertama pasangan ini di Shanghai, China iaitu pada 4 Jun 2004.
|
ADVERTISEMENT